in

Cemas ”Saya Jerit Minat Tolong, Pemandu Lori Buka Tingkap”- Tiga Wanita Diekori Jam 1:30 Pagi

“TAK tahu nak gambarkan macam mana perasaan kami masa tu”

Demikian kata wanita bernama Nur Faatihah Maisarah ketika bercerita mengenai detik cem4s di mana kereta yang dipandunya diekori oleh sebuah kereta tidak dikenali.

Meng1mbas kembali kej4dian yang berlaku awal pagi Khamis lalu, wanita yang senang disapa sebagai Nur Faatihah ini berkata ketika itu dia bersama dua rakan baiknya dalam perjalanan pulang menuju ke Kuala Lumpur dari Cheras.

“Kami dari rumah seorang rakan yang tinggal di Cheras. Ketika itu sekitar pukul 1.30 pagi. Saya memandu kereta dengan santai sambil kami mendengar lagu. Masa melalui flyover dekat Bank Negara, saya perasan ada sebuah kereta mengek0r rapat di belakang kereta kami.

“Masa tu saya di lorong tengah. Saya fikir dia nak potong, jadi saya ke lorong kiri untuk berinya laluan. Kemudian dia pindah lorong dan duduk di belakang kereta saya lagi sekali.

“Apa yang membuatkan kami takvt, dia memandu secara berbah4ya…. dia ikut belakang kereta saya rapat sangat seolah-olah macam nak l4nggar. Siapa yang tak r1sau dan p4nik. Saya tekan minyak sebab nak jarakkan sikit dari keretanya.

“Kemudian dia bagi high-beam… lagilah membuatkan kami pan1k dan takvt dengan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Lagi pula jalan agak leng4ng, kami pula semua perempuan. Boleh jadi dia road-bvlly ataupun taktik nak meny4mun,” kata wanita berusia 22 tahun ini.

Menurut Nur Faatihah, mereka sempat mengec4m model dan nombor pendaftaran kereta berkenaan menerusi rakaman yang dibuat oleh salah seorang rakan baiknya menerusi telefon bimbit.

Tambahnya, adegan ‘kejar mengejar’ tersebut berlaku sepanjang kira-kira tiga kilometer sehingga mereka terlepas simpang pertama untuk pulang ke rumah.

Keadaan jalan raya agak lengang ketika insiden berlaku.

“Saya nekad tak mahu masuk jalan yang sepatutnya ke rumah kami sebab ia agak sunyi. Jadi saya ubah haluan sebab takut mereka ekori sehingga rumah.

“Sejujurnya, dalam keadaan panik dan menggeletar, kami tak sempat nak fikir secara rasional untuk ke balai polis ataupun hubungi polis,” katanya yang bekerja dalam sektor swasta.

Bercerita lebih lanjut, Nur Faatihah berkata dia akhirnya tergerak untuk meminta bantuan seorang pemandu lori yang ditemui ketika melalui jalan berhampiran Kepong.

“Mujurlah depan Tesco Kepong, saya nampak ada sebuah lori yang tengah buka tingkap dan saya spontan turunkan tingkap sebelah penumpang kiri dan menjerit minta bantuannya.

Sejujurnya, dalam keadaan pan1k dan menggeIetar, kami tak sempat nak fikir secara rasional untuk ke balai polis ataupun hubungi polis.

NUR FAATIHAH MAISARAH

“Saya minta dia tolong ikut kami sebab kereta belakang ekori kami. Abang tu terus bagi signal dan cuba ikut kami sekali. Kebetulan ada sebuah lagi lori duduk dekat belakang, seolah escort.

“Masa itulah, kereta itu beredar selepas beberapa kilometer ekori kami,” ujarnya.

Ins1den tersebut nyata membuatkan Nur Faatihah dan rakan-rakannya sedikit travma kerana tidak pernah berdepan dengan situasi seumpamanya.

“Saya rasa mungkin dia pembuli jalan raya sebab kami semua perempuan. Saya yakin 100 peratus individu tu lelaki berdasarkan cara pemanduannya. Tapi tak mustahil juga orang jahat yang nak ambil kesempatan.

“Saya tak tahu kenapa dia bertindak sedemikian… nak kata saya buat dia tak puas hati masa memandu, tak ada pula dia hon. Kenapa kena ekori sampai begitu jauh,” ujarnya lagi.

Salinan laporan polis yang dibuat Nur Faatihah.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Nur Faatihah berkata dia sekadar mahu memberi peringatan kepada pemandu lain khususnya wanita agar berhati-hati ketika memandu lebih-lebih lagi ketika lewat malam.

“Alhamdulillah ramai sangat yang prihatin dekat komen, malah siap ada yang DM bertanya keadaan kami. Ramai yang cadangkan supaya kami buat report. Ya, selepas habis kerja esoknya saya buat laporan polis.

“Tapi biasalah, ada pula yang tuduh saya buat content. Takkanlah dalam situasi macam tu rasanya ia sebuah content? Saya anggap mereka bebas bagi pendapat sebab mereka tak ada dekat tempat kita.

“Kepada pemandu wanita, kalau balik lewat atau ada emergency yang memerlukan anda memandu lewat malam, tolonglah bawa teman. Kalau berdepan dengan situasi yang sama, jangan berhenti sebaliknya terus pandu ke balai polis.

“Akhir sekali, tak lupa kepada abang-abang lori yang tolong kami malam tu, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa bantuan mereka, tak tahulah macam mana,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Kubur Vanessa Angel Rosak Teruk Terpaksa Dikunci, Ibu Bapa Terpaksa Tengok Dari Luar

    [Video] Dalam Diam-Diam Akhirnya Caprice Selamat Mendirikan Rumahtangga! Tahniah Caprice & isteri!