in ,

Guru enggan divaksin, Ibu bapa belajar gesa pihak berwajib pindahkan guru berkenaan..

JITRA – Waris p3lajar sebuah sek0lah di daerah Kubang Pasu menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan seorang guru yang tidak menerima vaks1n Cov1d bagi memastikan sesi persekolahan secara bersemuka tidak terjejas.

Waris, Mohd Hasbee Fathil, 44, berkata, dia bimbang untuk menghantar dua anaknya ke sekolah selepas mengetahui masih ada guru tidak mendapatkan suntikan vaksinasi pada minggu lepas.

Menurutnya, pihak sekolah didapati telah mengasingkan guru berkenaan di ruangan khas, bagaimanapun ia tidak dapat meningkatkan keyakinan bahawa anak-anaknya dalam keadaan selamat di sekolah.

“Walaupun guru yang tidak divaksin ini telah diasingkan daripada warga sekolah dan kedudukan dari bilik guru, namun saya masih takut kerana guru berkenaan bebas bergerak di kawasan sekolah.

“Saya sangat bimbang keselamatan dan nyawa anak di sekolah sekali gus memohon supaya tindakan sewajarnya diambil sekiranya guru ini masih enggan menerima vaksin Covid-19 tanpa alasan kukuh,” katanya pada Khamis

Mohd Hasbee ditemui pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman dan sesi penyerahan memorandum membantah keberadaan guru yang tidak mengambil vaksin Covid-19 pada Khamis.

Mohd Hasbee berkata, mereka membuat gesaan itu supaya guru terlibat dipindahkan selain memperjuangkan hak anak-anak yang berdepan risiko penularan virus Covid-19 semata-mata.

gambar sinar

“Kami difahamkan guru ini antara 28 guru tidak menerima vaksin Covid di daerah Kubang Pasu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Huzaini Ahmad, 44, berkata, dia risau anaknya dan murid lain dalam

keadaan bahaya disebabkan guru sekolah tersebut tidak menerima vaksin seperti yang disarankan.

Sumber: Sinar
.


What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Patutlah anaknya begitu, mak pun tak betul sangat…Padahal Laura lumpuh sebab anak dia

    [Video] Bercerai sampai berjogek sakan apa cerita ni? Baru jadi janda, wanita & bekas suami sempat joget2 depan pejabat agama..