in ,

Kuc!ng Terkurung Dalam Rumah 52 Hari Bertahan Hidup Deng@n Memak@n Kert@s..

BELANDA – Seekor Kuc!ng ditemui terselamat selepas 52 hari terkurung di dalam sebuah rumah terbengkalai. Haiwan yang kekurangan gizi itu bertahan hidup deng@n memak@n kepingan kert@s, lapor akhbar Daily Star pada 30 Ogos 2021.

Kuc!ng yang dinamakan Finn itu ditemui oleh pemilik baru yang membeli rumah tersebut dari lelong buta (lelong bidaan tertutup harga pertama) ketika datang untuk memeriksa rumah baharunya itu. Pada saat mereka membuka pintu, seekor kucing yang sangat kurus bergegas membebaskan diri keluar dari rumah.

Kucing berjalur hitam itu kemudian ditangkap dan dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.

Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, kucing itu, yang diberi nama Finn oleh penyelamatnya buat masa ini enggan berada di samping manusia.

“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat. Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air. Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.

Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan. Difahamkan rumah tersebut telah dikosongkan sejak 1 Julai 2021 lalu.

Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.

Finn kini enggan berada di samping manusi. – Foto Daily Star

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Media Indonesia Kata Baby Shima ‘Depresi’ Akibat Dibuli Netizen Malaysia Mahu Pindah Ke Indonesia, Baby Shima Beri Penjelasan

    Percaya Boleh Hilangkan Sembel!t, Lelaki Masukkan Belut Sepanjang 20 Sentimeter Dalam D*b*rnya