in , ,

‘Leha Bawak RM300 Ke Sekolah’- Netizen Terhibur Dengan Gelagat Kanak-Kanak Ini

Melalui perkongsian tiktok @umiatirah16 yang telah mendapat tontonan sebanyak 812,000 dan mendapat sukaan sebanyak 78,700 komen sebanyak 2044 ketika artikel ini ditulis. Di dalam video itu seorang ibu menceritakan semula pengalamannya yang agak kelakar dan telah membuatkan ramai netizen terhibur.

Beliau memberitahu bahawa ketika beliau menjemput anak perempuannya yang dipanggil dengan nama panggilan Leha dari sekolah dan tiba-tiba beliau dipanggil oleh guru anaknya untuk berbincang. Beliau langsung terkejut ketika guru anaknya itu memberitahu kepadanya bahawa anaknya itu telah bawa wang belanja yang bernilai RM300 ke sekolah.

Katanya lagi guru itu telah menjumpai wang bernilai RM300 itu di dalam beg sekolah anaknya. Ibu itu sangat terkejut ketika mendapat tahu tentang hal itu. Beliau menambah lagi kejadian yang tidak dijangka itu berlaku kerana beliau meminta anaknya untuk mengambil wang belanja sendiri di dalam beg tangan beliau sebelum pergi ke sekolah. Namun beliau menyangka bahawa anak perempuannya itu akan mengambil note RM1 yang telah disediakan untuknya tetapi anaknya itu terambil 6 keping note RM50.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan video ini kerana kejadian tidak dijangka itu. Ibu itu sangat bersyukur kerana guru anaknya sempat menjumpai wang bernilai RM300 itu. Ada juga netizen yang bergurau mujur anaknya tidak menggunakan wang itu di kantin sekolah untuk membelanja kawan-kawannya.

Lihat video di bawah:

Lihat pula komen netizen:

Mujur Leha tak ‘open table’ kat kantin.. , lawak la anak beranak

sebab tu sy pantangkan anak2 jgn biasakan anak2 buka beg duit mak bapa…

Saya pernah bawak rm50 cikgu punya kecoh perghhh tak boleh bawak bincang sampai call mak .. sebab ayah dengan mak takde duit pecah sebab tu bagi 50

menangis wei anak rembat duit.. buat nye klu sy time tu duit tu ja yg ada risau nak cari duit kalau cikgu tak beritahu

dia ingat duit seringgit, dia ambil 6 keping, baru 6 ringgit,rupanya dia sauk 50ringgit 6 keping

Sumber: Tiktok

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] “Pergi jual ge1ang emas tu pergi beli k0mputer” Tak boleh duduk dengan B40, Pensyarah h1na pelajar tiada k0mputer ketika ke1as online

    Yasin $ulaiman Derdepan Hvkvman Gantvng $ampa! Mati