in

Padah m’er0gol l’iwat wanita, penganggur dipenjara 20 tahun

KEMAMAN Seorang penganggur d1jatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 12 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas kesalahan m’er0gol dan melakukan s3ks luar tabii terhadap seorang wanita dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Karim Abu Kasim, 38, membuat pengakuan sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mer0gol wanita berkenaan di sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Kampung Payoh, dekat sini antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada 18 November 2019.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dakwaan melakukan hubungan s3ks luar tabii terhadap mangsa wanita yang berusia 30 tahun pada tarikh, lokasi dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama serta tujuh tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Hukuman terhadap tertuduh berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 18 November 2019.

Sumber: SinarHarian

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Solat jemaah sambil dukung bayi, Pentingnya suami ada ilmu agama, Netizen puji video pasangan ini dapat 1 juta tontonan

    “Satu sekolah ‘kalut’ sambut kelahiran staf bersalin, Cikgu laki guru besar pun ‘kalut’ dah macm bini diorang nak beranak hehe