in

Reman Lima Hari, Guru Disyaki C’abul Pelajar Lelaki

KUALA TERENGGANU – Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus ditahan selepas disyaki m’encabul pelajar lelaki yang tinggal di asrama sekolah terbabit

Guru lelaki berusia 36 tahun itu kemudian dibenarkan ditahan reman selama lima hari bermula Ahad sehingga 18 November ini untuk siasatan lanjut.

Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tahanan reman tersebut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.Perbuatan suspek terbongkar selepas salah seorang bapa mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan pihak berkuasa.

Menurut sumber, sebelum itu, pada Jumaat, mangsa yang berusia 16 tahun telah menghubungi bapanya memaklumkan yang suspek bertindak m’encabulnya sebanyak dua kali iaitu pada Khamis dan Jumaat di bilik asramanya kira-kira jam 3 pagi.

“Mangsa mendakwa dia d’icabul semasa sedang tidur sebelum terkejut mendapati suspek berada di sebelah katilnya yang sedang melakukan perbuatan tidak s’enonoh terhadapnya.

“Tidak sanggup diganggu dan takut dengan perbuatan suspek yang sering datang ke bilik asramanya, mangsa mengambil keputusan menghubungi bapanya memaklumkan kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Sumber berkata, mangsa mendakwa bukan sahaja dia yang menjadi mangsa gangguan s’eksval suspek, malah beberapa kawan sebiliknya turut mengaku yang pernah dicabul sebelum itu.

“Namun disebabkan malu dan takut, mereka hanya berdiam diri sahaja, tidak berani hendak bercerita kepada sesiapa termasuk orang tua masing-masing.

“Bagaimanapun selepas mendengar aduan mangsa, mereka baru berani membuka mulut bercerita perbuatan suspek yang pernah dilakukan kepada mereka sebelum ini, ” katanya.

Difahamkan, selepas laporan polis dibuat bapa kepada salah seorang mangsa bertujuan untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut selain demi keselamatan anaknya, tampil 10 lagi mangsa mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual guru sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima beberapa laporan berkaitan suspek dan kes yang sama.

Sumber: SinarHarian

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Isteri Luah Rasa Rindu Ditinggal Lama, Hantar Suami Depan Lif, Suami Balik Rumah Madu

    [Video] Kubur Vanessa Angel Rosak Teruk Terpaksa Dikunci, Ibu Bapa Terpaksa Tengok Dari Luar