in ,

Terkini tanah runtuh di Cameron Highlands, Dipercayai dua kenderaan tertimbus, Terdapat mangsa didalam

Terkini tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Difahamkan kenderaan yang tertimbus ialah sebuah lori kecil dan sebuah kereta.

Tanah runtuh itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.44 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands.

Anggota bomba sedang berada di tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.44 tengah hari

“Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan terperangkap di mana terdapat mangsa di dalamnya. Operasi kini sedang dijalankan,” katanya.

Sumber: Utusan/ Mstar

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] “Harapan kami, jangan tiru aksi, Ramai luah rasa tidak puas hati dengan kelakuan wanita ini dalam Tren Rapid KL

    Masihkah anda Ingat Dengan Kefli AF 3 ? Ini Keadaan Terkini Beliau Buat Peminat Terkejut