in ,

Tragedi tanah runtuh Cameron Highlands, Sorang mangsa terperangkap maut, Nasib mangsa dalam Vellfire belum diketahui

Ipoh- Perkembangan semasa, mayat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Persekutuan Laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley telah dijumpai kira-kira jam 8 malam tadi.

Mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun berasal dari Tanjung Piandang, Parit Buntar itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Perak berkata ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pengecaman.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) turut dijumpai dalam keadaan terbalik Bagaimanapun, jumlah mangsa terlibat belum dikenalpasti.

Namun kerja-kerja mencari dan menyelamat turut menemukan sebuah lagi kenderaan iaitu Toyota Vellfire dalam timbunan tanah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kenderaan itu dijumpai pada pukul.7.51 petang tidak jauh dari lori yang dipandu mangsa yang maut.

Setakat ini tidak diketahui jumlah dan keadaan mangsa dalam kenderaan Vellfire yang ditemukan itu.

Kejadian pada pukul 1.41 petang menyebabkan jalan ke Cameron Highlands ditutup kepada semua kenderaan apabila runtuhan tanah menutup sepanjang kira-kira 100 meter jalan.

Pemandu lori terbabit dikenali Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh.

Sumber Utusan

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Bunga Isme dikecam netizen gara-gara menari macam pesta luar negara mohon maaf

    [VIDEO] Dua pengasuh buat hal baling objek Pada Bayi, Kini ditahan polis