in

[Video] Kubur Vanessa Angel Rosak Teruk Terpaksa Dikunci, Ibu Bapa Terpaksa Tengok Dari Luar

KUBUR Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah yang terletak di Tanah Perkuburan Umum Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta terpaksa dikunci.

Perkara ini berikutan kubur pasangan suami isteri itu yang menjadi viral mengalami kerosakan teruk akibat tindakan orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

Keadaan kubur mengalami kerosakan disebabkan orang ramai dan YouTuber yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar, selfie dan membuat ‘content’ untuk media sosial mereka.

Adik ipar Vanessa Angel, Frans Faisal, menerusi video memperlihatkan orang tuanya yang duduk di luar pagar sambil berdoa dan melihat dari jauh.

“Tak pernah terfikir dalam perjalanan hidupku, melihat orang tuaku duduk dengan tatapan kosong seperti begini,” tulisnya.

Dalam posting itu, Frans mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi pusara kakaknya, namun meminta orang ramai untuk menghargai dan tidak merosakkan pusara itu.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. – KAPANLAGI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Reman Lima Hari, Guru Disyaki C’abul Pelajar Lelaki

    Cemas ”Saya Jerit Minat Tolong, Pemandu Lori Buka Tingkap”- Tiga Wanita Diekori Jam 1:30 Pagi