in

[VIDEO] ‘Rumah dah siap ‘Renovate’ abi kemalangan dan sekarang abi duduk rumah baru kami tak boleh tumpang,’Wanita akur Suami tak sempat duduk rumah baru

Walaupun usia perkahwinan baru sahaja 11 bulan, seorang wanita terpaksa akur dan reda apabila suami tersayang dijemput Sang Pencipta. Walaupun pahit untuk ditelan kehidupan perlu diteruskan dan wanita ini perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah buat anaknya, Aisyah Humaira.

Seperti perkongsian seb4k seorang wanita di platfom TikTok, menceritakan telah kehilangan suami tersayang berikutan terlibat dalam sebuah kemal4ngan. Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan Allahyarham suaminya tidak ‘sempat’ merasa rumah baru mereka yang mengambil masa begitu lama untuk diubah suai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Pada tarikh 28/10/2020 alhamdulillah kita selamat diijab kabulkan. Tak lama lepas nikah ummi mengandung. 4/8/2021 ummi selamat melahirkan Aisyah Humaira. 14/9/2021 abi (Mohamad Firdaus bin Ishak) terlibat dalam kem4langan dan pada tarikh 25/9/2021 abi telah pergi selamanya.

Hari-hari tengok dekorasi rumah. Hari-hari cakap tak sabar duduk rumah baru bertiga. Tapi bila rumah dah siap renovate Abi kemalangan dan sekarang abi duduk rumah baru yang memang kami tak boleh tumpang sekali.

Wanita cekal ini turut akui bukan mudah bergelar ibu tunggal dan membesarkan cahaya mata seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi. Dia pada masa yang sama, menceritakan tempoh berkenalan bersama Allahyarham suaminya begitu singkat sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

28/10/2021 hari ini genap setahun perkahwinan abi dengan ummi. Tapi demi amanah arwah ummi akan besarkan Aisyah. Aisyah segalanya bagi ummi. Susah macam mana pun ummi akan buat yang terbaik untuk anak ummi.

Perkenalan yang singkat, 3 bulan kawan, 3 bulan tunang dan 11 bulan cinta halal. Orang yang dulu paling meluat dan sekarang paling sayang hingga akhir hayat.

Sumber: Ohbulan

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] “Sila beri laluan ye Sis nak ke mahkamah ni,” Siap rakam dengan OKT, ‘Ingat pergi berseronok ke’- Akak beruniform dipersoal netizen

    [Video] ‘Abang long baru 14 tahun snggup berhenti sekolah demi adik bradik gigih guna motor angkut stok,’ Kini ada kereta dah berjaya