in , , ,

Yasin $ulaiman Derdepan Hvkvman Gantvng $ampa! Mati

PETALING JAYA – Penyanyi nasyid dan k0mp0ser, Muhammad Yasin $ulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret dl slni, pada Khamis atas dva pertvdvhan menanam 17 p0k0k disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalv.

Yasin, 47, didakwa menanam 17 p0k0k kanabis dalam pasv plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara tervs atav secara tidak langsvng.

Yasin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis bagi menghadapi dua pertuduhan kes berkaitan dadah.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ia merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Yusmadi Yusoff.

Sumber : www.sinarharian.com.my

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    ‘Leha Bawak RM300 Ke Sekolah’- Netizen Terhibur Dengan Gelagat Kanak-Kanak Ini

    Laptop Tak Mampu Beli Tapi Pakai iPhone Ayahanda Abdul Rani Kulup Sokong Tindakan Pensyarah H1na pelajar B40