in ,

“Anak meracau, mimpi ular besar nangis setiap hari, Saya Tak Boleh maafkan” – Bella Astillah

Pelakon, Bella Astillah menerusi perkongsian di media sosial memberitahu bahawa dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit kepala yang teruk.

Baru-baru ini, Bella mendedahkan dia seperti ‘diganggu’ sehingga terpaksa memanggil ustaz dan ustazah untuk mengubatinya di rumah.

Menerusi temu bual bersama Melodi, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu memaklumkan terdapat cecair di bahagian dahi kanannya dan telah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan sekiranya tidak pulih.

Menurut Bella, sejak kebelakangan ini dia sering jatuh sakit sehingga tidak dapat bekerja seperti biasa dan hilang suara untuk membuat persembahan.

“Sekarang saya terpaksa bergantung pada ubat kalau tidak baik juga saya terpaksa buat pembedahan. Doakan Bella”

“Benda ni macam tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita jadi lain. Kuat marah-marah”

Bukan itu sahaja, anak keduanya, Ara turut terkesan apabila sering meracau di malam hari dan menangis setiap hari namun apabila membuat permeriksaan doktor, anaknya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan.

Artikel terkini

“I selalu mimpi ular, mengadu dengan mama. Mama cakap kalau mimpi ular orang belum kahwin maksudnya ada orang nak meminang. Tapi Kak Long dah kahwin”

“Saya jarang muat naik di Instagram sebab saya kurang sihat. Saya mula berubat dan minta ustazah datang rumah”

“Saya berhusnuzon selalu. Pergi ke klinik sahaja tapi benda ni tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita jadi lain. Jadi kuat marah-marah”

Dalam pada itu, Bella turut meninggalkan pesanan buat si pelaku dan berkata dia agak susah untuk memaafkan apa yang dilakukan terhadap dirinya dan keluarga.

“Saya sangat bersimpati dengan awak. Mungkin awak tak bahagia. Saya sangat kecewa, susah nak maafkan”

Malah, pelakon berasal dari Sabah itu juga kurang berkongsi gambar bersama suami dan keluarga di media sosial bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

Sumber: Beautifulnara / Tiktok

Artikel terkini

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    “Tak sampai setahun kahwin, Suami minta isteri bayar rumah, bila minta nafkah mcm ni jawapan dia..”

    [Video] ‘Sarjan Rizal’ ambil dua jersi sehelai seluar Tak bayar