in

“Mama, Bangunlah… Ramai Orang Datang Ni..” – Anak Kecil Kejvtkan Jenaz4h Ibunya Yang Disangkanya Sedang Tidur

“Mama, Bangunlah… Ramai Orang Datang Ni..” – Anak Kecil Kejvtkan Jenaz4h Ibunya Yang Disangkanya Sedang Tidur

“Mama, bangunlah…ramai orang datang rumah kita,” kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, tiga tahun, yang cuba mengejutkan jenaz4h ibunya, Mahfuzah Ishak, yang disangka sedang tidur. Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jenaz4h adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya ‘sak1t’.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jenaz4h dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meningg4l dunia akibat kec3deraan t3ruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan

Kemalangan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor. Kereta dipandu Shahrul Raziman. Turut berada dalam kenderaan itu, ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63. Jenaz4h kedua-dua m4ngsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arwah,

Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lumpuh untuk melihat mereka sebelum dikebumikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam. Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara-mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah apabila kemalangan berlaku.

“Kami bertolak dari Pekan pada jam 11 malam semalam (kelmarin). Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas,” katanya.

Beliau menyatakan kesal apabila tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan. Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan. Sementara itu, ayah m4ngsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga daripada lima beradik itu ialah pada jam 3 petang kelmarin, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

“Saya pula ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat ker4cunan makanan pada jam 4 petang. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah. Saya diberitahu anak meningg4l dunia pada jam 10 pagi ini (semalam). Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada jam 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir,” katanya.

Kredit: akarmedia.com/

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    90 T’ekapan S’eterika Wap Menye’babkan Kematian Mangsa Tidak Terjumlah Kepada Niat Me’mbunuh Dengan Sengaja-Hakim

    Tiap Kali Solat Jumaat Mesti Ada Duit RM100 Dilipat Dalam RM1, Tapi Sekrang Dah Takde.. AJK Masjid Ris4u Keadaan Penderma