in

Suami Terkena Strok, Isteri Sanggup Urus Makan Minum Dan Tetap Setia Berbanding Gadis Diluar..

Kulim:Syazwani Adnan yang mempunyai dua anak tidak segan silu memberitahu ujian yang mereka hadapi namun tetap kuat kerana percaya semuanya adalah ujian dan Allah tidak akan mengizinkan diluar kem’ampuan hambaNya.


Syazwani, 27, dari Taman Rambai, di sini, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalamannya menjaga suami, Shahrul Liza, 28, yang mengalami str’ok sebelah kanan badan dan kini tidak dapat bertu’tur.


Kisah Syazwani tular di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok mengenai rutinnya mengur’uskan suami dan kesungguhan serta kesetiaannya terhadap Shahrul turut mendapat pujian netizen.


Bercerita lanjut, Syazwani berkata, dia dan Shahrul sudah berumah tangga sejak lima tahun lalu dengan sebelum ini, suaminya itu yang menjadi tulang belakang keluarga.
Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas Shahrul dise’rang st’rok selepas terj’atuh di tandas pejabat pada 3 Ogos lalu menyebabkan Syazwani perlu mengambil alih tugas menguruskan keluarga.

“Suami saya tidak mengalami simp’tom kerana pagi sebelum kejadian, dia sempat bersarapan dan menghadiri mesyuarat bersama abah (Adnan Sahat, 53).
“Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan panggilan memaklumkan suami terj’atuh di tandas dan pen’gsan.


“Ingatkan tiada yang se’rius namun doktor beritahu ada pendar’ahan pada otak dan ia salah satu pu’nca suami diser’ang st’rok selain kele’tihan akibat terlalu lama menghadap komputer serta bermain permainan video,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Syazwani berkata, suaminya ditahan selama sembilan hari di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada 12 Ogos lalu.


Biarpun sedih, Syazwani cuba sembu’nyikan perasaa’nnya itu malah menyambut kepulangan Shahrul ke rumah dengan tenang seolah-olah suaminya itu tidak sa’kit.
“Setitik air mata saya pun tidak tumpah ketika suami pulang ke rumah kerana mahu dia (suami) nampak saya kuat di hadapannya
“Saya anggap dia seperti tidak sa’kit dan layan seperti biasa walaupun hakikatnya sedi’h melihat keadaannya.

“Ikutkan, saya tiada pengalaman menjaga orang sa’kit tetapi cuba uruskan suami termasuk suapkan makan, mandikan dan bersihkan naji’snya.
“Emak (Elouny Mahany Abd Aziz, 47) saya tinggal sebulan di rumah kami pada awalnya jadi dia yang banyak membantu menjaga anak sementara saya menguruskan suami,” katanya.


Berkongsi keadaan Shahrul, Syazwani berkata, pada awalnya suaminya itu hanya terlantar di katil, malah minum menggunakan saluran tiu’b selain makan bubur saja.
Menurut Syazwani, keadaan bertambah baik pada bulan lalu apabila suaminya boleh duduk di kerusi roda dan makan serta minum seperti biasa.
“Kini, dia sudah boleh masuk sendiri ke dalam kereta dan ikut saya bersiar ambil angin atau pergi ke kedai.

“Buat masa ini, dia masih tidak boleh bercakap namun saya ada ajarnya menge’ja dan menaip di telefon bimbit dan papan tulis sebagai isyarat jika mahukan sesuatu.
“Kiranya, saya perlu latih dan menguruskannya seperti budak kecil dan ia memang memerlukan kesabaran tinggi. Syukur anak faham keadaan suami walaupun mereka masih kecil malah keluarga abah banyak membantu kerana ketika sihat dulu, suami bekerja dengannya (abah),” katanya.


Berhubung perkongsiannya di TikTok yang tular, Syazwani mengakui terke’jut dan menganggap ia di luar jangkaannya.
“Saya sebenarnya lebih banyak kongsikan rutin dengan suami di Instagram (IG) cuma baru-baru terge’rak hati untuk muat naik video di TikTok kerana seronok tengok pas’angan lain lakukannya.


“Tak sangka video itu meraih tontonan tinggi malah ada juga pengikut berkongsi rasa se’bak mereka kerana turut lalui pengalaman sama iaitu menjaga suami yang sa’kit.
“Apa pun, saya akan terus menjaganya selagi terdaya dan berharap dia sihat semula kerana menurut doktor, suami kemungkinan boleh sembuh dalam tempoh setahun,” katanya yang masih perlu membawa suaminya melakukan pemerik’saan, raw’atan dan terapi susulan di hospital.

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Inilah Kecantikan Sebenar Pranpriya Manoban Sebelum Bergelar “Lisa Blackpink”

    Foto Mirip Baby Shima Be****m Di Kelab Malam, Pegang Gelas Minuman..