in , , , ,

“Saya Akan Gunakan Kuasa Yang Ada” – Che Puan Besar Khaleeda Prihatin Nasib Bella , Ingin Bantu Tuntut Keadilan.

Saya Akan Gunakan Kuasa Yang Ada” #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati terutamanya apabila remaja berkenaan mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya.

Dia kanak-kanak istimewa Sindrom Down, berusia 13 tahun dan tiada ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju di ibu negara yang diasas dan diusahakan pengasas, Siti Bainun Abd Razali.

Namun, kes ini sekali lagi mengundang kekecewaan dan kemarahan rakyat Malaysia apabila gambar Siti Bainun diwakili 10 peguam dimuat naik di laman media sosial.

Persoalan yang sedang hangat diperkatakan, wajarkah Siti Bainun diwakili 10 peguam melawan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU)? Satu lagi persoalan yang berlegar dalam fikiran masyarakat sekarang, mengapa tidak 10 peguam yang membela kanak-kanak tersebut?

Kes penderaan Bella ini turut menarik perhatian isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Menurut Che Puan Khaleeda, beliau jelak dengan sang penakut yang beranggapan mereka boleh membuat sesuka hati terhadap kanak-kanak tanpa diketahui.

Menerusi tinjauan yang dibuat di Instagram Che’ Puan Khaleeda, ternyata beliau sangat terkesan dengan nasib adik Bella yang kini dibawah jagaan pusat kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, beliau akan melakukan segala yang mungkin demi mendapatkan keadilan buat adik Bella.

PENDERAAN BELLA TIDAK TERPERI

Ini sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh adik Bella, mengikut pendedahan saksi:

  1. Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah;
  2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain;
  3. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur;
  4. Disimbah air panas dengan kerap;
  5. Dipaksa makan najis sendiri, kerana terlalu takut Bella akan sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan
  6. Bella dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

Mahkamah | Bella diberi makan 20 biji cili seminggu https://embed.astroawani.com/embed-video/id/1962698

Ramai juga yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.

[INFOGRAFIK] Kronologi perbicaraan kes penderaan Bella https://embed.astroawani.com/embed-video/id/1962505

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : astroawani.com

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    “K0men tegur pun kena bl0ck, sek0lah mana ni?” – Cikgu mengajar secara ‘Live’, Net!zen minta PPD ambil tindakan sewajarnya..

    “Cukupkan awak ganggu saya. Empat tahun saya menanggung” – Puteri Sarah dedah perbualan orang ketiga?, Siapa Ira Kazar ?