in ,

“Kita kawan², Dia itu cikgu ‘swimming’ anak saya la..” – Zarina Anjoulie

Baru ini pelakon, Zarina Anjoulie memuat naik hantran di Instagram Story menunjuk.kan dia meluangkan masa bersama seorang lelaki misteri.

Dalam pada itu, dlm satu hantaran lain yang dibuat di TikTok, dapat dilihat Zarina berpegangan tangan bersama lelaki tersebut dalam sebuah bilik pameran motosikal ber.kuasa tinggi.

Foto dan video itu menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat yang berpendpat bahawa jejaka berkenaan merupakan kekasih baharunya.

Walau bagai.manapun, Zarina atau lebih mesra disapa dengan gelaran Anju tampil mendedahkan bahawa lelaki misteri itu merupakan guru renang anaknya.

Menurut laporan sumber, Anju berkata jejaka berikut hanyalah seorang rakan dan buat masa ini dia masih belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Artikel terkini

“Dia cikgu renang anak saya, Martin,” kata pelakon Zarina Anjoulie, 35, mengenai video di Tik Tok memaparkan dia bersama seorang lelaki yang didakwa segelintir netizen adalah teman lelakinya.

Zarina atau nama sebenar, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul ketika dihubungi berkata, setakat ini dia tiada perancangan untuk berkahwin.

“Saya kadang-kadang ada juga kawan lelaki. Biasalah, kita kawan-kawan. Kalau nanti saya betul-betul ada ‘boyfriend’ (teman lelaki), saya akan beritahu.

Artikel terkini

“Dia itu cikgu ‘swimming’ (renang) Martin. Kami hanya kawan,”

Zarina yang sering terpalit dengan cerita sensasi adalah ibu tunggal kepada seorang anak lelaki dan pernah gagal dalam dua perkahwinannya sebelum ini.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.

Pada 20 Julai 2020, Zarina berkahwin kali kedua dengan Eilyas Azhar, namun mereka dilaporkan bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu.

Artikel terkini

Sumber: Beautifulnara / metro

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    “Dari 6 Pagi beratur” – Berang berjam-Jam susah payah beratur, Kaunter hanya Buka 15 Minit je?

    “Ada yang kenal abang ini? Tolong ‘tag’ dia. Teringin nak jumpa” – Shuib