Dengan 86,374,777 undi, trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, milik artis serba boleh, Janna Nick.
Terdahulu, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.
Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner juga meraih trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.
Selain trofi, Janna menerima sebuah kereta dan telefon pintar Xiaomi 11T Pro (8GB + 256GB) bernilai RM2,099 sumbangan penaja utama ABPBH 34, Xiaomi.
“Saat nama saya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, perasaan bercampur baur dan air mata mula mengalir.
“Kemenangan ini membuatkan saya terharu kerana tahu saya bukanlah seorang artis disayangi dan sering dilanda kontr0versi.
“Apa sahaja dilakukan semuanya tidak kena pada mata netizen. Keadaan ini membuatkan saya memutuskan untuk tidak mahu berada di depan kamera.
“Namun, sokongan dan kepercayaan diberikan peminat membuatkan saya kembali rasa dihargai. Mungkin selepas ini saya mahu hadkan kemunculan saya dan lebih aktif di belakang tabir,” katanya.
Sejak sembilan tahun lalu, Janna menjadi antara selebriti yang tidak pernah lekang dihimpit kontr0versi.
Ada sahaja cerita negatif menghambat dirinya, baik dalam aspek kerjaya, peribadi mahupun imej. Semua ini mengheret bekas pengacara Melodi itu dalam kemelut tidak berkesudahan.
Mei lalu, gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkongsi menjalani rawatan dengan pakar psikiatri untuk mengubati gangguan bipolar disorder.
Dalam satu lagi pengakuan mengejutkan, Janna mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri sepanjang hidupnya.
Terbaru, Janna terguris dilabelkan ‘orang gila’ oleh warga netizen apabila berkongsi sering mengalami situasi otak yang didakwa sangat ‘bising’ kerana mendengar lima suara sepanjang hari.
Biarpun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program hiburan sensasi, Melodi terbitan TV3 yang dikendalikan selama empat tahun berakhir 25 Julai lalu, minat Janna dalam dunia pengacaraan tidak pernah padam.
Baru-baru ini, Janna mengendalikan program ilmiah, Banteras COVID-19 terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
ABPBH 34 yang berakhir malam tadi, dianjurkan secara hibrid tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).
ABPBH 34 bertemakan #KITABERSAMA dibawakan oleh Xiaomi.
Jumlah undian 86,374,777 di perolehi Janna Nick di pertikai oleh netizan
Menurut netizan, dengan jumlah penduduk terkini di Malaysia yang tak sampai 40 juta, ada yang mempersoalkan bagaimana Janna Nick mampu memperoleh undian sehingga 86 juta
“86juta undian ..rakyat malaysia rasanya dlm 36,38 juta je..selebihnya mane dtgnya..”
“Rakyat ada 32 juta lebih je… tp tu la undi ABP x ada limit kan… kena upah org …. bahagian klip undi saja… sorang kna undi sejuta kali… Maaf x tengok ABP tngk jibam je”
“Kalau dulu-dulu undian dikira berdasarkan jumlah borang Abpbh dlm akhbar berita harian. Tiada had undi utk sorang. Boleh undi seberapa byk..yg penting beli akhbar bh hantar borang ori dlm tu.so maknanya 86 juta tu bukan jumlah pengundi”
Menjawab pertanyaan tersebut, seorang pegguna media sosial Zamzila Zamri tampil menjelaskan jumlah sebenar undian yang boleh di buat oleh setiap orang terhadap artis kegemaran mereka
“Ramai pelik nape 86 juta…
“1 undi= 20 undian
” Boleh undi 10 minit sekali….
“Harap clear la ye..rezeki dia…Xsuka dia menang, next time Undi Artis fav korang byk2..
Hasil pencarian pihak Kecoh Ape, nampaknya apa yang di beritahu oleh pegguna media sosial Zamzila Zamri ini ada kebenarnya
Berikut merupakan tangkap layar di portal laman sesawang https://www.abpbh.com.my/cara-mengundi/manual untuk cara undian di lakukan bagi edisi ABPBH kali ini
Setiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam 10 minit sahaja, maka tidak mustahil la Janna Nick berjaya mengumpul 86 juta undian walaupun rakyat Malaysia sekarang ini hanyalah 32.7 juta!
‘Kerja keras peminat saya’ – Janna Nick
Janna Nick tidak menjangka meraih kemenangan dalam kategori Pengacara TV Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34).
Janna menewaskan empat calon hebat lain iaitu Azira Shafinaz, Jihan Muse, Mira Filzah dan Sherry Alhadad.
Menurut Janna, kejayaan itu hasil kerja keras kelab peminatnya Jannanickers yang mengundinya.
“Pesaing saya hebat semuanya termasuk Sherry. Ini kali pertama saya menang kategori pengacara. Dengan rendah hati saya mengakui ada yang lebih layak menang dan saingan sengit pastinya dari Sherry.
“Tapi yang lain pun hebat juga termasuk Azira yang kini memulakan langkah dalam bidang pengacaraan,” katanya.
Kemenangan itu turut diraikan bersama kekasihnya Dini Schatzman yang hadir menemaninya ke malam kemuncak ABPBH 34.
Kredit: Trendingsangat
GIPHY App Key not set. Please check settings