in

Pemilik Restoran Hidang ‘Siakap Kayangan’ Diberi N0tis Penjelasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada pemilik restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata notis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagaI berbuat demikian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran berkenaan menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan k0s ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

“Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik rest0ran itu, buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci samada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melap0rkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikej0tkan dengan harga ikan siakap yang didkwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sos!al, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berharga RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sos!al.

Mohd Shahran, berkata sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi yang sama terus membuat lap0ran kepada KPDNHEP.

Katanya, pengguna perlu membuat pilihan yang bijak serta membandingkan harga sebelum membuat pilihan barang atau makanan.

“Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, 0perasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

Sumber : AwattSyeikhhh Network

Rujukan : FB Dato Seri Vida / Bharian Online

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Didakwa R0gol Adik Sendiri, 4 Abang D’urjana Ditahan

    [VIDEO] Dato Seri VlDA Beritahu Berapa Dia Kena Bayar Di Rest0ren Siakap Kayangan Langkawi