in

P’erkosa Anak Baru Habis Pantang Bapa Didakwa, Ugut Mahu C’edera Cucu Sendiri

Seorang bapa seharusnya menjadi pelindung buat anaknya terutama anak perempuan mereka. Terutamanya jika anak berada dalam keadaan susah, seorang bapa harusnya menjadi peneman mereka.


Lain ceritanya kali ini. Syaitan bertopengkan manusia! Itu lah istilah yang paling sesuai buat seorang bapa yang sanggup memperkosa anak kandungnya sendiri. Lagi kejam apabila anaknya itu baru sahaja habis berpantang. Kejadian yang berlaku di Kangar, Perlis ini difahamkan mangsa baru sahaja selesai tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya.


Si bapa yang sudah lanjut usia itu melakukan aktiviti terkutuk itu hanya di rumah mereka ketika menantunya tiada di rumah. Selain itu juga, bapa yang sudah bergelar seorang datuk ini juga berani untuk mengugut mencederekan cucunya jika permintaannya itu tidak dituruti.

Anaknya yang masih berumur 20 tahun itu terpaksa merelakan kemahuan tindakan bapanya yang keji itu demi menyelamatkan bayinya yang masih kecil itu. Akibat dari tidak tahan dengan perbuatan terkutuk bapanya itu, dia bertindak pergi membuat laporan polis.

Bapanya yang berusia 54 tahun itu ditahan di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah. Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian berkenaan.

Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Sumber : Borak Daily

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] ‘Apalah Bila Lambat C’heck-in M’eroyan, Bila C’heck-out Tinggalkan Bilik Hotel Camni Tak Rasa Bersalah?’

    Masih Ingat Dengan Pelakon Cilik ‘Murni Bajrangi Bhaijaan’ Kini Dah Dewasa?