Kemelut rumah tangga penyanyi dangdut Indonesia, Rizki DA menjadi perbincangan netizen
Kerana kembali mencer4ikan isterinya Nadya Mustika hanya selepas lapan bulan membuat keputusan kembali rujuk.
Rizki membuat permohonan cer4i kali kedua kepada Nadya pada 23 November lalu di Mahkamah Agama Bandung dan sebutan pertama dilakukan pada 2 Disember lalu.
Hakim Mahkamah Agama Bandung, Mustofa berkata, pasangan itu memberi alasan sudah tiada persefahaman antara satu sama lain.
“Itu paling utama, tapi secara terperinci nanti diberitahu dalam perbicaraan,” katanya seperti dipetik Kapan Lagi.
Rizki DA dan Nadya Mustika telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 namun tidak
Lama selepas itu Rizki membuat keputusan untuk bercer4i kerana meragui keh4milan isterinya yang dikatakan tidak selari dengan tarikh pernikahan mereka.
Pada April 2021 iaitu selepas Nadya selamat mel4hirkan bayi lelaki yang kini berusia sembilan
Bulan, Rizki nekad membuat ujian DNA dan keputusan tersebut membuktikan Baihaqqi Syakki Ramadhan adalah anak kandungnya.
Tidak lama kemudian, Rizki dan Nadya kembali rujuk dalam sebuah majlis kecil-kecilan pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu.
Rizki sekali lagi membuat permohonan cer4i pada 23 November 2021 di Mahkamah Agama Bandung.
Percer4ian kali kedua ini pasti membuatkan netizen terkejut kerana kedua-dua mereka sentiasa mempamerkan kebahagiaan dan romantis.
Sumber:Mstar
GIPHY App Key not set. Please check settings