Penyanyi, Baby Shima terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penganjur yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk mempromosikan acara yang berlangsung di Johor.
Baby Shima yang tampil membuat laporan polis menyatakan, individu tersebut sudah tiga kali menggunakan gambarnya tanpa kebenaran meskipun sudah diberi amaran keras.
“Saya telah membuat laporan polis kerana pihak penganjur telah menggunakan gambar saya sebanyak tiga kali. Kali pertama dan kedua, saya boleh maafkan. Tetapi, bila dah tiga kali, saya tak boleh berdiam diri,”ujarnya.
Katanya lagi, pihak penganjur telah memanipulasi orang ramai dengan menggunakan gambarnya untuk menarik perhatian datang ke program mereka.
“Pihak penganjur telah memanipulasi nama saya. Mungkin mereka juga mahu menjual tapak jualan di program tersebut dan untuk mendapatkan tajaan,”ujarnya lagi.
Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara hari ini.
Dalam pada itu, Baby Shima dalam pada masa sama menepis dakwaan pengurusnya, Mohd Afrendie Affendy bertindak biadap terhadap individu tersebut.
“Individu itu cakap kami tak beradab, sedangkan dia guna gambar dan saya tanpa kebenaran. Siapa yang tidak beradab sebenarnya? Lebih teruk, dia juga turut melibatkan ibu dan bapa saya.
“Bagi saya dia tidak profesional dan mentitnah pengurus saya tidak beradap. Dia yang salah, menipu orang ramai,” dakwanya.
Bagai.manapun, penampi.lan Baby Shima sewaktu hadir ke balai polis mendap4t perhatian ramai di mana mereka mengat4kan ia adalah tidak sesuai dipakai. Di tambah pula, ia dikatakan tidak menghormati hari mulia iaitu Jumaat.
Sumber: omm Media Hiburan, Instagram @meloditv3
GIPHY App Key not set. Please check settings