Kuala Lumpur: “Saya sudah ma’afkan mereka”. Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia mema’afkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati segala keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahka’mah.
“Berat nak cakap, tetapi jujurnya saya maa’fkan tertu’duh, apa yang mereka buat kepada anak saya. Dengan ma’afkan, barulah ada kelegaan tetapi saya akan law’an sampai ke mahkamah ra’yuan,” kata Zulkarnain Idros, bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Zulkarnain, 57, berkata demikian ketika diminta berkongsi perasaannya selepas mendengar keputusan hakim terhadap 18 tertuduh yang didakwa menyebabkan kema’tian tanpa niat terhadap anak sulungnya, Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Menurutnya, dia mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana memberi keputusan yang sewajarnya walaupun tidak mengenakan huku’man gant’ung sampai m’ati mengikut Seksyen 302 Kanun Kese’ksaan.
“Kalau ikutkan hati, tak puas hati juga apabila dipenja’ra 18 tahun saja.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan pihak penda’kwa raya akan failkan ke mahkamah rayuan dalam masa 14 hari dan tertu’duh juga akan failkan pembe’laan di Putrajaya.
“Pesanan saya kepada masyarakat di luar sana jangan jadi pemb’uli. Perbuatan itu menyebabkan saya kehilangan anak sulung yang menjadi harapan, idola dan teladan kepada adik-adik,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Ditanya bagaimana hubungannya dengan keluarga tertu’duh, Zulkarnain berkata, hanya satu keluarga saja yang datang datang memo’hon maaf kepadanya dan isteri.
“Satu keluarga saja yang datang, seolah-olah anak saya pula yang bersalah dan membu’nuh.
“Janganlah begitu, kita sebagai bapa, jangan putuskan silaturahim,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Hawa Osman, 58, mengakui sering men’angis setiap kali melihat pingat milik Zulfarhan yang diletakkan di depan katilnya.
Hawa berkata, ia kerana Allahyarham Zulfarhan pernah memesan supaya melihat pingat itu jika merinduinya.
“Saya sebagai ibu amat terkes’an dan selalu menan’gis mengenangkan ar’wah kerana bergan’tung kepada Zulfarhan untuk membawa saya ke mana-mana.
“Saya juga setuju dalam masa 14 hari ini, kes ini dibawa ke mahkamah rayuan dan saya akan ke sana juga.
“Kepada tertu’duh, mereka diberi pulang oleh hakim kerana kesala’han pertama. Jangan ada kesalahan kedua, ketiga selepas dibebaskan daripada hukuman penjara, itu yang saya minta,” katanya.
Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan huku’man penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM kerana didapati bersalah atas pert’uduhan menyebabkan kema’tian tanpa niat Zulfarhan Osman.
Hakim Datuk Azman Abdullah memutusk’an hukuman mereka mengikut Seks’yen 304 (a) Kanun Kese’ksaan itu selepas melihat kepada pertimbangan pelbagai aspek termasuk semua pihak terjej’as terutama kesan dialami keluarga mangsa.
sumber: utusan
GIPHY App Key not set. Please check settings