Bukan mudah untuk melalui fasa ‘move on’ selepas hubungan dengan kekasih terlerai di tengah jalan. Segelintir individu memerlukan masa berbulan-bulan lamanya, tdak kurang bertahun pun ada juga.
Bagi seorang g@d!s Ainatul Aisya, emosinya terganggu setelah mengetahui bekas teman lelakinya telah menemui jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati.
Menerusi satu perkongsian v!deo di aplikasi TikTok, dia yang juga penuntut di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia g@d!smenangis apabila telah cuba sedaya upaya untuk ‘move on’ selama tujuh bulan.
“Jika memang itu yang terbaik, hanya minta dikuatkan”
Berdasarkan rakaman berdurasi 21 saat itu, dia yang mesra dipanggil Ain berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama bekas kekasihnya yang sebelum ini berjanji akan setia menunggu dirinya sehingga menamatkan kursus jururawat.
“Janji sayang… abang tunggu”
Tangkapan skrin kedua pula memaparkan mesej diterima daripada salah seorang rakan di laman Instagram yang bertanya sekiranya dia berkesempatan ke majlis perkahwinan lelaki berkenaan.
Dapat tahu ‘ex’ dah kahwin lepas 7 bulan putus
Adakah tempoh tujuh bulan itu terlalu cepat? Seolah-olah tdak dapat menahan ‘kesakltan’ ditanggung selama ini, Ain dilihat cuba menenangkan dirinya yang bersedih atas perkhabaran mengenai bekas teman lelakinya itu.
V!deo rakaman terbabit menerima 451,600 tontonan dan hampir 3,000 komen netlzen yang mengakui tersentuh hati dan bersimpati dengan nasib menimpa Ain.
Rata-rata menitipkan kata-kata positif, meminta g@d!s berkenaan sabar dan percaya dengan perancangan Allah meskipun sukar untuk menempuhi perkara itu dalam kehidupan.
Sumber : ohmymedia
GIPHY App Key not set. Please check settings