Baru Lahir Pun Dah Cantik,
Ibu mana yang tidak mahu anak yang dikandung, dilahirkan mempunyai raut wajah yang comel dan cantik bukan? Tetapi jangan risau, semua anak yang dilahirkan mempunyai kelebihan dan kecomelan dengan cara tersendiri.
Begitu juga dengan kisah viral yang dikongsikan baru-baru ini apabila tular wajah seorang bayi yang dikatakan mempunyai wajah bak bidadari selepas dilahirkan. Memang comel!
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang bayi perempuan mendapat perhatian daripada warganet kerana mempunyai raut wajah yang dikatakan sempurna dan memiliki hidung mancung walaupun baru lahir.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pumpkin_88, bayi yang bernama Aiesha Theia itu berjaya mencuri tumpuan ramai gara-gara hidungnya yang mancung.
Mana tidak tumpahnya kuah akalu tidak ke nasi, ibu bapa kepada bayi comel itu yang berasal dari Filipina sememangnya juga sama cantik dan sama padan. Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka mendapat cahaya mata yang sangat comel itu.
“Prettiest baby, hidung dia mancung teruk! Dah besar confirm lawa seperti bidadari”
Hasil tinjauan di ruangan komen video berkenaan yang kini telah meraih 597.6K tontonan, 57.4K tanda suka dan 1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memuji kecomelan bayi itu.
Sumber: Tiktok @pumpkin_88 / Siraplimau
GIPHY App Key not set. Please check settings