in

[Video] Cemas Aksi Kanak-Kanak Panjat Pagar, Berdiri Luar Balkoni

Memantau anak-anak ketika bermain merupakan tanggungjawab ibu bapa bagi memastikan keselamatan mereka terjaga. Hal ini kerana dalam keseronokan juga boleh mengundang tragedi yang tidak diingini. Seperti perkongsian video ini yang memaparkan kanak-kanak perempuan berada di luar balkoni rumah tinggi!

Mengejutkan orang ramai menerusi laman Facebook Ammy Angah dan Facebook Warga Taman Keramat apabila memaparkan video di mana seorang kanak-kanak dilihat sedang bermain di balkoni rumah pangsapuri. Apa yang merisaukan dan menggerunkan adalah kanak-kanak perempuan tersebut bermain di luar kawasan balkoni dalam ketinggian rumah lebih dari 10 tingkat!

Kanak-kanak perempuan tersebut juga tanpa rasa takut berlari anak di sekitar luar balkoni tersebut dan memandang ke bawah. Apa yang lebih merisaukan orang ramai adalah adiknya juga berada di kawasan dalam balkoni dan khuatir bakal mengikut tindakan kakaknya.

Setelah beberapa saat berada di luar pagar balkoni yang tinggi, kanak-kanak tersebut perasan bahawa ada seseorang sedang merakam perbuatannya lalu memanjat semula pagar balkoni dan masuk ke dalam rumah. Perbuatan kanak-kanak tersebut adalah sangat merbahaya dan boleh mengundang maut! Ramai juga yang bertanyakan dimana ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut?

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna Facebook melahirkan rasa risau dan mengatakan ‘berderau darah’ melihat setiap gerak-geri kanak-kanak terbabit. Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihatkan jiran tetangga untuk peka dengan keadaan sekeliling jika keadan sebegini berlaku di kawasan perumahan. Yang penting adalah mak ayah kena peka!

Sumber: Ammy AngahWarga Taman Keramat/

Kredit: Siraplimau

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Solɑt Subuh Terɑkhir Seorɑng D0kt0r Pɑkɑr Sebelum Meninggɑl Dunia Akibat Cvd-19

    Bayi Meninggal D’itetak, Gara-Gara Bapa Saudara Bergaduh