Benarlah kata orang bahawa tempat paling bahagia untuk seorang isteri di dalam rumah adalah di dapur. Sebab itulah, penting untuk si isteri yang memilih segala jenis dekorasi dapur supaya memudahkan urusan mereka kelak. Tapi, berbeza pula dengan kes ini apabila si suami tidak suka dengan pemilihan warna dapur si isteri dan tekad untuk merobohkannya!
Gara-gara tidak suka dengan warna merah jambu yang mendominasi dekorasi rumah, seorang lelaki tekad ‘menghancurkan’ dapurnya sendiri.
Memetik laporan Suara, aksi lelaki itu yang gigih menghancurkan jubin dapur berwarna merah jambu itu dirakam dan dimuat naik di akaun TikTok milik @Olinn21.
“Kenapa hancur ketika waktu aku tiada. Dia tak suka. Aku suka pink,”
Difahamkan, wanita bernama Olinn ini memang seorang yang sangat menggemari warna merah jambu. Berdasarkan video-video di TikTok, boleh dikatakan hampir kesemua barangan peribadi hinggalah ke peralatan rumahnya berwarna merah jambu.
Menjengah ke ruangan komen mengenai suaminya yang memecahkan dapur itu, rata-rata warganet bersimpati dengan nasibnya. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan ini mungkin ‘plot twist’ di mana suaminya ingin buat dapur baru untuknya.
Sumber: Suara.com
GIPHY App Key not set. Please check settings