in

[VIDEO] Geram Tengok, ‘Jiran Suka Sidai Baju Di Pagar Macam Rumah Sendiri’

Sudah biasa bila adat hidup berjiran, pasti akan ada perselisihan faham. Oleh itu, penting untuk anda mewujudkan keharmornian dalam suasana berjiran supaya tidak bermasam muka. Tetapi, berbeza pula dengan segelintir jiran yang membuat perkarangan rumah orang lain seperti rumahnya sendiri! Geram juga bila tengok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita berasal dari Indonesia di platfom TikToknya, tampil menceritakan nasib yang diterimanya apabila mendapat jiran yang dikatakan tidak bertimbang rasa. Video pendek yang dikongsi memaparkan rutin harian jirannya yang sering menjemur pakaian pada pagar rumahnya

Inilah pemandangan setiap hari dekat pagar. Tanpa kebenaran orang tumpang jemur, inilah keadaan kampungku.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan jirannya sama sekali tidak meminta kebenarannya terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Menerusi ruangan komen, wanita ini menceritakan jirannya tidak mempunyai ruang untuk menyidai pakaiannya.

Memang dia tak punya tempat nak sidai sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500k tontonan dan ratusan komen daripada netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan jirannya yang disifatkan sebagai pentingkan diri sendiri. Namun, netizen turut menasihatkan bahawa perkara ini perlu ditegur dengan baik supaya tiada pergaduhan berlaku.

Sumber: TikTok @jloveyo13/ Siraplimau

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [VIDEO] Tak Boleh Buat Kerja Anak Kecil Asyik Nak Berkepit, Ibu Hampir Depress

    [VIDEO] Suka Tengok Hrithik Roshan Masa Hamil.Anak ‘Terkenan’ Jari Keenam!