Perkahwinan merupakan bentuk penyatuan dua hati yang dituntut dalam Islam yang mana wanita dan lelaki mula belajar untuk berkongsi kasih sayang dan pandangan tentang seluruh kehidupan mereka.
Bagaimanapun, terdapat sebuah insiden mengenai kecurangan turut berlaku apabila seorang lelaki berjaya menangkap isterinya yang dikatakan curang bersama seorang lelaki warga asing.
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok bernama iejadrunner, kelihatan orang ramai sedang mengerumuni sebuah kenderaan serta ditambah situasi penuh ketegangan.
Difahamkan, ketegangan berlaku apabila seorang suami telah menangkap isterinya yang ketika itu sedang leka berduaan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Bukit Rambai, Melaka itu menyebabkan si suami tidak dapat menahan perasaan marahnya sehingga bertindak menengking perbuatan terkutuk isterinya.
Lebih menyanyat hati, si suami juga sempat memetik situasi hubungan mereka yang kini mempunyai anak, namun si isteri seakan-akan tidak memikirkan tentang perkara itu.
Sedar perbuatan mereka diketahui, si isteri bersama ‘buah hatinya’ hanya berdiam kaku tanpa berkata apa-apa manakala lelaki warga asing itu seakan-akan merayu untuk dilepaskan.
Netizen beri pelbagai reaksi
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih tidak diketahui dan berharap agar netizen tidak mudah mencetuskan pelbagai persepsi sehinggalah perkara sebenar diungkapkan.
Kredit: TikTok iejadrunner dan Pen Merah
Sumber : ohmedia.my
GIPHY App Key not set. Please check settings