NAMA usahawan jamu Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular video dia membenarkan anak perempuannya menghisap rokok.
Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM menerima kecaman hebat dan dilabel sebagai seorang ibu yang gagal mendidik anak tentang bahaya rokok.
Mengulas tentang hal tersebut, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkata dia masih bersikap rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak.
“Saya bukannya b0doh nak beri anak hisap rokok ada tembakau.
“Dalam video tersebut anak saya hanya hisap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam masa sama, Kak KM juga meluahkan rasa bimbang terhadap anak-anak yang mengambil barang terlarang itu secara sorok-sorok.
Bagi Kak KM tindakannya membenarkan anak-anaknya menghisap rokok itu sebagai satu pengajaran buat mereka.
“Kepada ibu bapa yang kecam itu biarkanlah kerana yang hisap rokok dalam video itu anak saya.
“Kita patut lebih risau jika anak-anak bawah umur hisap rokok secara sorok-sorok tanpa pengetahuan ibu bapa.
“Sy mahv anak rasa pengalaman hisap rokok supaya mereka tahu kesan yang akan diterima,” jelasnya.
Sementara itu, Kak KM yang juga menganggap ia sekadar aktiviti suka-suka setiap kali pulang ke kampung.
“Dulu-dulu ketika arwah datuk masih hidup kami selalu akan duduk bersama makan sireh dan hisap rokok tembakau.
“Ia bagaikan satu aktiviti untuk imbau semula apa yang pernah dilakukan bersama arwah dahulu,” ujarnya.
Video :
GIPHY App Key not set. Please check settings