Tanggungjawab menjadi seorang ibu tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang bergelar suri rumah kerana pelbagai dugaan harus ditempuhi. Tambah pula dengan kerenah anak kecil yang sentiasa ingin dekat bersama ibu membuatkan pergerakan ibu lebih terhad serta tidak dapat melakukan kerja dengan tenang.
Itulah yang dialami oleh seorang ibu bernama Nur Hashimah yang hampir tertekan kerana anak kedua mahu sentiasa berkepit sehingga tempahan roti jala yang diterima mengambil masa agak lama untuk disiapkan.
Menurutnya, dia pernah mengalami masalah tekanan sebelum ini dan dia tidak mahu perkara tersebut berulang. Ibu Hashimah datang menyelamatkan keadaan dan menjaga cucunya itu semantara menunggu Hashimah menyiapkan tempahan roti jalanya.
Dia turut meluahkan dia sangat bersyukur dikurniakan ibu yang memahami dan sanggup melakukan apa sahaja demi menolongnya. Kehilangan ibu tercinta tidak dapat digambarkan kerana itulah insan yang paling disayangi dan dipercayai.
“Harini aku hampir depress sebab anak. Nak buat order, dia nak ibunya depan mata je. Aku nak nangis masa ni. Otak blank,” jelasnya.
Meninjau ke ruangan komen, ada juga ibu-ibu yang pernah mengalami situasi tersebut dan memahami dengan apa yang dirasakan oleh Hashimah. Kata-kata semangat juga diberikan agar wanita itu kuat dalam menempuhi liku-liku kehidupan menjadi seorang ibu.
Sumber: TikTok Nur Hashimah/ Siraplimau
GIPHY App Key not set. Please check settings