Baru-baru ini, tular di aplikasi X mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila dituduh cuba menipu sijil cuti sakit hanya kerana lambat ke klinik.
Kisah ini menarik perhatian ramai pengguna platform tersebut, di mana ramai yang turut memberikan pandangan dan sokongan terhadap luahan wanita berkenaan
Menerusi hantaran yang dikongsinya, wanita tersebut pada mulanya merasa gembira kerana berpeluang untuk mendapatkan konsultasi di klinik kerajaan dengan bayaran serendah RM1.
Bagi kebanyakan rakyat marhaen, kemudahan seperti ini sangat dihargai kerana mampu mengurangkan beban kewangan, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai insurans kesihatan atau kemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Selepas selesai mendapatkan sesi konsultasi, dia mahu meminta sijil cuti sakit (MC) kerana tidak dapat hadir ke tempat kerja.
Tapi respons yang diberikan oleh doktor tersebut sangat tidak membantu kerana enggan memberi sijil cuti sakit kepada pesakit yang datang lewat.
Kalau nak MC kenapa tak datang awal? Kenapa sekarang baru datang?
Demi mempertahankan diri, wanita itu mengatakan badannya baru rasa sedikit bertenaga untuk datang ke klinik pada waktu petang atas nasihat majikan.
Namun doktor itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan mengatakan wanita itu memberikan alasan untuk mendapatkan sijil cuti sakit dengan mudah.
Sekarang boleh bangun pulak. Larat pulak? Tu semua alasan je.
Bagaimanapun, doktor tersebut memberikan sijil cuti sakit selepas mengetahui latar belakang kerjanya iaitu sebagai seorang barista yang tidak mengikut waktu pejabat biasa dan mempunyai fleksbiliti masa untuk bertugas.
Ramai pengguna aplikasi X yang membaca kisah ini turut bersimpati dengannya, dan ada yang berkongsi pengalaman serupa.
Kesimpulannya, kisah ini mengingatkan kita betapa pentingnya bersikap lebih empati dan tidak cepat membuat andaian negatif terhadap orang lain.
Sumber: beautifulnara
GIPHY App Key not set. Please check settings