Piala Malaysia 2021 kali ini telah kembali ke Ibu Kota selepas 32 tahun ‘merantau’ selepas pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mengalahkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Ia merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna buat KL City apabila menjadi pasukan yang tidak disangka akan menjuarai Piala Malaysia memandangkan lawannya adalah pasukan bintang dari selatan Tanah Air.
Antara pemain yang menjadi perhatian ramai dalam pertembungan tersebut adalah penjaga gawang KL City apabila beraksi cemerlang dengan menangkis baik semua hantaran berbahaya daripada pemain JDT.
Bagi penyokong golongan wanita pula, sudah tentu terpukau dengan ketampanan pemain tersebut iaitu Kevin Ray Mendoza Hensen.
Dalam video yang dirakam selepas pemainan tamat, Kevin dilihat memeluk pasangannya yang duduk di bangku penonton. Wanita itu juga turut memuat naik gambar memeluk pemain tersebut sambil meninggalkan kapsyen mengharukan.
Dengan perkongsian tersebut, komen-komen yang diterima kebanyakkannya menjurus kepada memuji ketampanan pemain tersebut disamping tidak menafikan bahawa kehebatannya menjaga gawang pasukan KL City daripada dibolosi gol dari pihak JDT.
Sumber: Tiktok
Via ihangat
GIPHY App Key not set. Please check settings