Dengar saja perkataan poligami, pasti para wanita sudah tidak senang duduk kerana ia merupakan sesuatu yang agak sukar diterima walaupun ada yang sedia untuk berkongsi kasih.
Namun, jika sudah merasai kebahagiaan berpoligami, perkara tersebut tidak menjadi masalah dan tugas seorang suami pula haruslah adil dengan isteri-isteri yang lain.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fara Zurkanaini apabila memuat naik satu video diberikan suami RM20,000 tunai selepas meminta duit belanja sebelum lelaki itu balik ke rumah isteri satu lagi.
Dia yang merupakan isteri kedua juga sempat berseloroh diruangan kapsyen dengan meminta sebiji istana memandangkan duit RM20,000 senang sahaja diberinya.
Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari 300 ribu viewers tidak sampai sehari dimuat naik. Rata-rata mereka berasa gembira dengan kebahagian yang dikecapi pengguna TikTok itu.
Ada juga yang mengatakan jika suami dapat memberikan duit belanja sebesar itu, hidup dimadukan pun tidak mengapa kerana tahu suaminya mampu menanggung segala keperluan isteri-isteri.
Sumber: TikTok @farahzurkananini
Via KartelDakwah
GIPHY App Key not set. Please check settings