in ,

[Video] Mahu dapatkan parking khas pemuda berpura-pura berlakon sebagai OKU, Ras Adiba beri amaran, desak minta maaf kepada semua OKU!

Sebuah video yang tular menunjukkan seorang pemuda berpura-pura berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU)

semata-mata untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video berdurasi 37 saat yang kini tular, pemuda berkenaan berjalan umpama

individu tidak normal dan melakukan pergerakan tangan dan kaki seperti orang cacat.

Seorang lagi pemuda yang merupakan rakannya mendakwa berada di sebuah pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur dan dikatakan svkar untuk memarkir kereta.

Seorang lagi pemuda menerusi video yang tular.

“Nak parking susah, tapi Ajim cakap kalau nak parking ada satu cara, betul-betul dapat parking, tapi cara dia pelik sikitlah

“Betul-betul dia jadi c4cat. Ini kalau kant0i dengan pak guard memang ‘m4ti’, tapi dapat parking.

Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempers3ndakan kami

DATUK RAS ADIBA RADZI

“Tengok kereta hitam aku ni, betul-betul dapat parking. Terima kasih Ajim.

“Lepas ni kalau aku naik KL, aku dah tahu dah. Bawa Ajim memang selamat,” katanya.

Satu lagi rakaman menunjukkan seorang pemuda berlakon sebagai OKU.

Bagaimanapun, video tersebut dipadamkan selepas menerima kec4man netizen yang

menyifatkan tindakan tersebut seperti mengh1na OKU.

Video tersebut turut mendapat perhatian daripada, Ahli Dewan Negara

Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang meny3lar tindakan kedua-dua anak muda itu sebagai biad4b.

Malah, Ras Adiba yang merupakan Presiden Persatuan OKU Sentral turut memberi am4ran dengan mend3sak supaya kedua-dua pemuda itu memohon maaf di atas perbuatan mereka.

“Saya ingin memberi amaran kepada saudara Iswan dan juga Ajim. Kalian telah mempersendakan dengan menggunakan parking OKU dan berlakon diri anda sebagai OKU.

“Saya mohon supaya kalian berdua meminta maaf kepada semua komuniti OKU di negara kita. Sudahlah kami svsah, kamu semua selalu memandang rendah kami, dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami.

“Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempers3ndakan kami. Sila mohon maaf kepada OKU,” tegas Ras Adiba menerusi video yang dikongsi di laman sosial milik beliau, petang Rabu.

Sumber:Mstar/ oknews12

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Gadis dakwa teman lelaki mirip datuk Ahmad Maslan, Ramai yang mengakui bahawa wajah mereka cukup mirip…

    [Video] Kecoh Sekolah diserbu ‘Ah Long’ tuntut hutang dengan guru