Semalam dunia hiburan kecoh apabila pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose
mengumumkan telah pun selamat bernikah kira-kira sebulan yang lalu iaitu pada tanggal5 November 2021.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup, cuma dihadiri oleh 100 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga dan juga sahabat handai.
Majlis yang diadakan di Janda Baik bermula jam 7.30 pagi…Penuh dengan jambangan bunga matahari
GAMBAR MAJLIS
Menerusi portal Gempak, acara tersebut bermula sekitar jam 7.30 pagi dan tetamu disajikan dengan sarapan ringkas sebelum dihidangkan dengan nasi minyak. Selain itu, lokasi majlis tersebut yang
Bertempat di Janda Baik turut menjadi tarikan apabila dihias sesuai dengan tema ‘garden wedding’ dipenuhi jambangan bunga matahari pilihan daripada Uqasha sendiri.
Dalam pada itu, pasangan mempelai dua sejoli tersebut turut mengadakan sesi memotong kek setinggi 5 tingkat di tepi sebuah kolam.
Masing-masing dilihat mengenakan persalinan songket berwarna ungu yang diinspirasikan daripada kisah ‘Cik Siti Wan Kembang’ hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Dekat sangat dengan kolam tu, risau tersalah langkah ke belakang…Diorang dah lama rancang, kita yang lalai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan dekorasi cantik yang terdapat dalam majlis tersebut.
Walau bagaimanapun, ramai mengakui risau menyaksikan sesi pemotongan kek kerana pengantin berdiri terlalu dekat dengan kolam belakang mereka.
Sumber: PortalGempak,viralurdu
GIPHY App Key not set. Please check settings