Salam semua, terima kasih jika cerita aku disiarkan. Sebelum aku mula cerita ni, korang mesti tahu shir tu apa kan? Ni kisah makcik aku. Ok first, aku describe latar belakang makcik aku dulu. Makcik aku ni adik kepada mak aku, means makcik aku ni anak keempat dan anak bongsu dalam adik beradik diorang.
Buat pengetahuan korang, makcik aku ni dia tinggal dekat Raub, Pahang. Makcik aku ni umur dia dalam lingkungan lewat 40-an macamtu.
Ok cerita dia mula macam ni, mak aku ni memang rapat lah dengan makcik aku, diorang selalu sembang dalam phone sebab kitorang duduk KL so memang jarang berjumpa lah. Satu hari ni makcik aku whatsapp mak aku, dia kata dada dia s4kit lepastu macam merah merah.
Mak aku suruh dia pergi klinik buat x-ray sebab makcik aku kata dia rasa saakit tu dari dalam. Mak aku takut tulang dia je problem sebab makcik aku pernah kejadian t3ruk sebelum ni.
Lepas 2 hari macamtu, makcik aku bagitahu mak aku dia dah pergi x-ry tapi doktor cakap takda apa apa pun sebenarnya means x-ry tak dapat detect apa apa.
Bila tanya kenapa dada merah pun, doc kata tak pasti kenapa. Tapi masa tu memang semua husnudzon lagi tak ada lah nak fikir benda benda miistik macam s1hir ke apa.
Dalam 2 minggu lepas, makcik aku datang rumah aku, katanya nak pergi mengurut sebab ayah aku ada kenal kawan yang pandai mengurut. Mak aku kata makcik aku saakit sangat kaki sampai tak blh berjalan so dia putuskan nak pergi mengurut.
Dia kesian anak anak dia masak sendiri. Makcik aku ada 3 orang anak perempuan dan semua anak dia sekolah lagi, sorang form 3, sorang darjah 6, sorang darjah 2.
Tapi anak dorang tak ikut masa ni. Diorang semua gerak beranang dalam pkul 10 macamtu lepastu balik dalam pkul 1 lebih. So petang tu family aku dengan makcik aku dengan laki dia lepak lah dekat depan rumah makan makan buah.
Petang haritu tak hujan, panas panas bahang walaupun dah bukak kipas. Yang peliknya makcik aku terketar-ketar sejuk memang badan dia berlapik selimut lah masa tu.
Tapi takda apa apa yang pelik jadi pun, semua okay, makcik aku pun dah boleh berjalan macam biasa lepastu cuma badan dia makin krus lepastu muka lemah je. Mak aku ada tengok merah kat d4da makcik aku tu, bentuk dia macam sayap burung tau.
Seminggu lepas tu, makcik aku ni call mak aku cakap yang sebenarnya dia terkena sihir. Masa ni kitorang tak terkejut sangat pun sebab macam dah boleh agak. Cerita dia macam ini, makcik aku, rumah dorang macam kampung kampung hutan macamtu.
Cuma rumah dia teres dalam kampung jauh dari pekan. So mak aku cerita yang makcik aku dengan laki dia ni memang suka keluar lewat malam nak cari makan, means pergi warung warung macam tulah.
Satu hari ni diorang pergi satu kedai ni macam pedalaman sikit. Actually shir tu nak hantar dekat kedai tu, nak bagi kedai tu tak laku tapi terkena makcik aku sebab dia lemah semangat.
Yang lagi teruknya, nak buang shir tu kena jumpa dengan siapa yang hantar benda tu sebab dia je yang boleh buang tapi orang yang hantar shir tu dah pergi menghadap illahi.
Orang yang hantar ni dia pergi jumpa b0moh orang asli. Aku taktahu shir orang asli macam mana, biasa dengar shir orang siam je. Katanya dia hantar shir burung.
Macam mana makcik aku tahu dia terkena shir? Ayah laki dia ni kenal ada sorang ni, tapi dia macam bmoh juga so diorang pergi berubat dengan dia. Masa ni mak aku marah makcik aku sebab jumpa bmoh.
Bukan apa, ada ke patut dia minta pengeras RM600 dgn ayam apa yg susah cari tu dengan ada satu nama pokok ni nama pelik. Laki dia pun setuju je masa tu sebab kesiankan makcik aku ni. So diorang pun pergi lah berubat dekat situ.
Mak aku cakap makcik aku dah macam okay sikit lepas berubat tu. Tapi lepas je 3 hari, ingat tak merah merah kat dada makcik aku tu? dia jadi bengkak besar lepastu warna hitam kulit bengkak tu macam terkupas macam terbkar. Dia pergi klinik, dktor suruh pergi hspital lepastu terus wrded nak kena buat opration buang nnah dalam bengkak tu.
Aku ikut mak aku pergi jenguk makcik aku 2 hari lepas. Anyway benda ni tengah berlaku tau. Kami jenguk dia sebelum dia masuk bilik operasi. Jadi sempat lah tengok bengkak tu. Memang betul betul crpy.
Besar sangat sampai terkena bre4st dia sikit. Opration dada makcik aku tu petang, kami tunggu dalam 2 jam lebih sampai habis operasi, kami naik atas semula.
Masa ni memang family belah mak aku ramai kerumun keliling katil dia. Aku dengar suara makcik aku slow je cakap dekat mak aku “long, skit sangat long” masa ni memang anak anak dia, mak aku, pakcik aku semua menangis kesian tengok makcik aku.
Lepastu dktor datang cerita yang masa dorang dah belh d4da makcik aku ni, nnah terpancut pancut keluar, dia kata senang kerja tak payah tekan pun. Doc takjahit pun dda makcik aku sebab dia nak tengok dulu apa ada kat dalam.
Doc ada jugak cakap d4da makcik aku macam berlubanng lubangg taktahu sebab apa. Tapi semalam katanya dah jahit balik dah. Masa kami tengah sedih kerumun katil makcik aku ni, datang sorang perempuan tua pergi kat kakak ipar aku.
Masa ni kakak ipar aku duduk luar sorang sorang. Perempuan tu tanya kakak ipar aku apa yang jadi, skit apa, macam macam lah dia tanya. Kakak ipar aku jawab je.
Lepastu kakak ipar aku tanya dia “makcik asal mana? skit apa ni?” dia jawab “saya asal dari kampung orang asli, jaga anak baru lepas bersalin” lepastu dia pandang kat tempat makcik aku tu lama dan terus blah. Aku taktahu apa kena mengena dia dengan kisah makcik aku ni. Mungkin ada kaitan?
Semalam mak aku dapat call dari laki makcik aku, dia kata makcik aku kena buat operasi lagi sekali sebab tiba-tiba banyak nnah dalam dada dia. Pagi tadi pkul 1 baru keluar bilik operasi dari petang laki dia tunggu.
Tolong doakan makcik aku weh semua. Ni kisah anak dia pulak, anak dia yang kedua tu form 1 tahun depan, baru baru ni result upsr keluar, dia dapat 6A. Anak anak makcik aku memang pandai walaupun duduk kampung.
Masa dekat hspital tu aku tanya lah anak dia tu “kak ngah nanti form 1, sekolah mana?” dia jawab slow je “taktahu lah kak wawa” aku masa ni macam “eh macam mana boleh taktahu, tak apply mrsm ke sbp ke?” dia diam je pastu dia tinggalkan aku sorang sorang kat ruang menunggu tu. Kesian aku.
Okay tak, sebenarnya balik tu mak aku cerita yang anak kedua dia tu nak masuk mrsm tapi makcik aku ni takbagi. Alasannya sebab makcik aku skit, takda siapa nak melawat dia. Mak dia bagi apply sekolah sains sebelah rumah je. Sekolah tu sbp jugak cuma dia memang teringin nak masuk mrsm.
Masa ni s3dih sikit lah, sebab dia mengadu dekat atuk dia tapi atuk dia jawab “siapa nak hantar awak ambik awak balik nanti, takpelah kak ngah, munkin takda rezeki dekat mrsm, sekolah mana mana pun sama je, asal niat tu nak tuntut ilmu”
Pengajaran dia dekat sini jangan keluar rumah malam malam, berhati hati kalau nak makan dekat mana mana, jgn main shir, jgn jumpa bmoh, ingat Allah.
Kisah kedua lebih mendebarkan,
Saya Izinkan Abang Berkahwin Dgn Ex Abg Tp Jgnlah Berziina Sama Sekali
Membaca kisah-kisah yang ada di dalam ini membuatkan saya pun turut ingin berkongsi cerita. Saya merupakan seorang yang lelaki yang ekstrovert-suka bersosial, berkerjaya, berpelajaran tinggi-lulusan oversea, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Baby kedua baru sahaja lahir baru-baru ini. Isteri juga sama, mempunyai master dalam bidangnya dan kerjaya yang stabil.
Sebelum berkahwin, saya telah bercinta dengan seorang gadis hampir lima tahun lamanya. Namun jodoh kami tiada, satu hari kami bergduh besar dan kemudian masing-masing membawa haluan sendiri.
Saya mengenali isteri tidak lama, lebih kurang tiga bulan, kemudian kami bertunang dan tiga bulan kemudian kami berkahwin. Saya seorang yang simple. Saya mengenali isteri dari seorang rakan. Setelah membuat penilaian secara keseluruhan, saya melamar dan dia terima.
Mungkin kerana kecewa dengan hubungan yang lalu, saya tidak mahu lagi untuk spend masa, wang ringgit dan tenaga kepada perhubungan yang lama dan tidak pasti. Reason saya pilih isteri sebagai teman hidup kerana personalitinya yang rileks dan cara hidup keluarganya yang sederhana.
Kedua mertua saya sangat baik dan alim orangnya, berbeza dengan latar keluarga saya yang agak biasa dalam hal-hal agama.
Setelah berkahwin, saya tahu bekas kek4sih saya sangat kecewa dengan saya- walaupun pada ketika itu kami sudah lama tidak berhubung. Tidak lama selepas itu, apa yang saya dengar dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan beberapa bulan selepas itu dia bercrai.
Saya berasa sangat sedih dengan berita ini. Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, tetapi dalam hati saya masih menyayangi dan mahukan yang terbaik untuknya. Ketika itu, mulalah datang saat keliru dalam hidup saya, segala kenangan dan memori dengan kekaasih lama mula menjelma.
Saya mula menghubungi kekaasih lama dan bercadang ingin mengambil si dia sebagai isteri kedua. Pada tempoh perhubungan itu, hati mula mencari keburukan isteri bagi mewajarkan tindakan saya untuk beristeri dua.
Perkara yang selama ini cantik, mula bertukar menjadi buruk. Segala yang ada pada bekas kek4sih mula dibandingkan dengan apa yang ada pada si isteri, dan pada ketika itu hampir semua menang pada bekas kek4sih.
Dipendekkan cerita, seperti biasa mana ada orang perempuan yang sanggup dimadukan kalau diberi pilihan. Isteri saya memang tahu yang si dia adalah bekas kek4sih saya kerana saya berterus terang dengannya sebelum kami berkahwin.
Di suatu malam ketika kami bertegang leher, dengan linangan air mata isteri berkata kepada saya “saya izinkan abang berkahwin dgn ex abang tetapi janganlah berziina sama sekali, saya tak nak abang melakukan dosa bes4r”.itulah Allah anugerahkan pinjaman terindah buat saya di dunia ini.
Kini hampir dua tahun hal ini telah berlalu dan kasih sayang kepada isteri semakin hari semakin meningkat. Setiap pagi, saya akan memilih untuk menyarungkan kaca mata cinta tatkala memandang wajah isteri.
Setelah melakukan bdah siasat terperinci terhadap pengalaman hidup saya ini, saya menemui ada tiga perkara yang boleh dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca
1) Sebagai orang Islam mengucap adalah perkara paling asas. Makna mengucap adalah “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”. Maknanya Allah ini tuhan dan dia yang buat dan pegang segala sesuatu termasuk hati para suami dan isteri. Jadi sekiranya ada masalah, perkara pertama kena buat adalah pergi kepada pencipta.
Adu pada dia. Ini yang dibuat isteri saya, dia merintih kepada penciptaNya dan Allah yang pegang hati saya bukan ex-girlfriend saya. Saya tahu dia berdoa sampai menangis kepada Allah, dan Allah telah perkenankan doanya.
2) Kepada lelaki, kalau nak poligami dan sampai terpaksa burukkan isteri, itu maknanya kita yang ada something wrong bukan isteri. Sebab tugas utama suami adalah BIMBING isteri. Suami yang kena jadi coach kepada rumah tangga.
ILMU rumah tangga sangat penting. Cari ILMU untuk jadi pengemudi yang baik. Kepada wanita, lelaki yang burukkan isteri bukanlah calon suami yang baik kepada anda.
3) Kepada isteri, kalau marah sebab suami nak kahwin lain tak perlu maki hamun suami. Kebanyakan lelaki sukakan cabaran dan pantang dicabar. Sebaliknya upgrade diri, ubah diri dan sayang diri. Dengan ubah diri kita, barulah boleh harap orang lain untuk berubah. Isteri saya ubah diri dia dengan perbanyakkan amalan.
Ketika konflik dia banyak solat dan puasa sunat. Segala perbuatannya membuatkan saya bermuhasabah kembali. Orang lelaki ni boleh jadi risau juga bila tiba-tiba tengok isterinya selalu di atas tikar sembahyang.
Fahamkan tiga perkara ni, insyaAllah bukan sahaja rumah tangga akan tenang malah kehidupan juga akan lebih bahagia. Sekian, wassalam. Danial
Apa reaksi warganet, ramai yg bg nasihat dan kongsi pengalaman
Anis, ni lelaki yg educated menulis. yg punya ilmu dan amal. yg byk berantakan tu mostly x brp nak educated dan ilmu agama yg cetek. sy selalu doa anak2 ditemukan jodoh pas4ngan yg soleh dan solehah. bila soleh/ solehah insyaallah tindakannya juga lbh menjurus kpd kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
Lelaki ni bila dah kawin buat la cara dah kawin, kenapa perlu nak ambil tahu hal ex..kan beri ruang pada setan utk cucuk j4rum. isteri pun gitu juga. dah kawin mula la chapter baru utk pengakhiran menujuk ke jannah.
Aina, strategi yg bagus buat isteri anda.. cari Allah dulu.. sbb Allah yg pegang hati makhluk… tak faham jugakan.. kalau da nama ex tu x pyh la contact balik.. hanya membuka ruang2.. sy4itan utk mencucuk… namun alhamdulillah Allah beri anda hidayah memilih isteri kerana agama.. syukurlah anda sedar sebelum terlambat.
Sofea, Pemikiran dari seorang yg berilmu, ada iman dan BERAKAL. Kadang2 yg berilmu belum tentunya berakal lebih2 lagi bila melibatkan nafsu, hati dan perasaan selain pas4ngan halalnya. Alhamdulillah, tenang hati baca kisah confessor ni.. Semoga ramai para suami yg berakal begini.. Semoga rumahtangga kalian bahagia, kekal ke jannah.
Syazira, Bila hubungan tu berlandaskan kerana Allah..apapun jua masaalah mengadu pada Allah..Allah akan bukakan jalan nya..syabas utk conferser yg menemui jln pulang..bertuah badan dpt wife yg sentiasa mendoakan suami..bukan maki hamun bila suami nak kawin lagi.
Rina, Tahniah.akhirnya awk melihat kebaikan isteri awk.allah membuka pandangan mata awk utk menilai isteri awk dgn lebih baik..awk berjaya mengatasi ujian ini bersama isteri awk.
Namun xsemua bernasib baik seprti kisah awk. Jagalah isteri awk baik2.
Miera, Sebuah penulisan yg ikhlas dari hati nurani. Terima kasih sebab berkongsi kisah yg positif ni. Di kala skrin telefon penuh dengan cerita kebencian, terpapar cerita begini betul-betul ubah suasana.
Sumber KRT
GIPHY App Key not set. Please check settings