Baru-baru ini, tular di media sosial satu lokasi cantik yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.menyebabkan ia mula dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri kapal terbang pada jarak dekat selain bergambar bersamanya.
Namun terbaharu, seorang pengguna Facebook, Are Peace memaklumkan port berkenaan sudah pun ditutup oleh pengurusan Malaysia Airports.
Ditutup kerana isu keselamatan dan sampah
Dia menerusi dua perkongsian berbeza berkata kawasan tersebut ditutup atas dua sebab iaitu atas faktor keselamatan selain terdapat lambakan sampah yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Punya ramai org sejak tempat ni viral. So hari ni abang nak umumkan tempat yang viral sangat ni sudah ditutup. Yada niat nak datang tu boleh la tukar balik niat tu,” tulis Are Peace.
Dia bagaimanapun menjelaskan hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu sahaja yang telah ditutup manakala jalan utama di sana masih lagi dibuka.
“Tempat yang tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video itu sahaja… Kalau siapa yang pernah pergi akan tahu sebab dekat area situ ada dua, tiga tmpat yang jadi tumpuan orang ramai jadi tempat yang di dalam video saya sahaja yang ditutup,” katanya lagi.
‘Berikut antara luahan orang ramai
Sumber: buzzkini
GIPHY App Key not set. Please check settings