in

Buat Hal Pandu Perlahan Di Lorong Kanan, Konvoi Perodua Aruz Buat Pengguna Jalan G’eram

Tak dapat dinafikan memang mereka yang menyertai konvoi tersebut akan berasa gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama menuju ke sesuatu destinasi.

Walaupun tak semua yang melanggar peraturan jalan raya, namun masih ada segelintir kumpulan konvoi ini membuat jalan yang mereka lalui seperti milik mereka sendiri.

Hal tersebut samalah seperti dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @nidaasifa apabila menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu-pemandu kereta Perodua Aruz yang mengikuti konvoi diawal pagi melalui jalan yang sama digunakan oleh wanita itu.

Menurutnya, pemandu-pemandu yang menyertai konvoi tersebut telah duduk di lane kanan lebuh raya dan pastinya ia akan menyukarkan kereta lain untuk memotong di bahagian tersebut.

Lebih menjengkelkan kereta-kereta tersebut dipandu dalam kadar perlahan sehingga pemandu kenderaan lain terpaksa bergerak perlahan juga dan boleh mengakibatkan berlaku kesesakan di awal pagi.

Tambah pengguna Twitter itu lagi, bukan dia sahaja yang berasa geram tetapi pemandu yang dihadapannya juga merasai perkara sama kerana tidak lepas untuk memotong kerana konvoi kereta Perodua Aruz bergerak dalam kumpulan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, wanita itu meminta agar sesiapa yang mengenali pemandu-pemandu yang mengikuti konvoi tersebut supaya lebih bertimbang rasa dengan pengguna lebih raya yang lain kerana bukan semua memandu untuk bersenang-senang seperti mereka.

Komen pengguna

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Punca D’ilayan Hanya 2 Kali Sehari je, Isteri Tergamak R’acun Suaminya

    Cerita Sebenar Lelaki B’ogel Panjat Lori Tular, Siap Beraksi Dah Mcm ‘Spiderman’Di Tengah jalan