Perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @rudyakhbar_ apabila memuat naik video seorang lelaki dalam keadaan bogel memanjat bahagian hadapan sebuah lori di tengah jalan.
Situasi itu sememangnya agak ‘menggerunkan’ kerana lelaki tersebut langsung tidak berpakaian.
Menerusi video tersebut, beberapa orang awam yang berada di situ memaklumkan berkemungkinan lelaki yang berlagak seperti Spiderman itu merupakan warga asing.
Mereka juga telah menghubungi pihak berkuasa bagi membantu memujuk lelaki itu turun dari lori dan tidak menggangu pengguna jalan raya yang lain.
Setakat ini, video yang dimuat naik akaun Twitter berkenaan telah ditonton lebih dari 1,000 viewers walaupun baru dua jam dikongsikan.
Rata-rata warganet masih tertanya-tanya punca mengapa lelaki tersebut bertindak nekad seperti itu dan membuatkan orang awam berasa tidak selesa.
Setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak dan diharap tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Twitter @rudyakhbar_
Via karteldakwah
GIPHY App Key not set. Please check settings