in ,

“Dah 3 bulan kahwin dari mal4m pertama, mentua tak bagi suami tidur sekali, dia suruh teman dia”

Pernikahan adalah antara saat indah yang kita semua nantikan. Namun tidak semuanya bernasib baik sepertimana yang lain. Perkongsian dari wanita ini di laman KRT, berkongsi pengalaman yang ditempuhi saat berkahwin dengan pemuda ‘anak mak’. 3 bulan berkahwin tidak disentuh kerana mulut mertua. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Assalamulaikum. Min tolong hide FB saya ya? Kisah bermula macam ni. Dulu saya pernah berkahwin tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja. Semua punca dari ibu mertua saya. Ex suami saya tu anak bongsu. Pada malam pertama pernikahan kami ibu mertua saya melarang ex suami tidur dengan saya. Dia suruh tidur dengan dia. Alasan nya ibu mertua kata sakit dada. Takut mati xada orang pulak. Xpa saya faham.

Bnda ni berlarutan Smpai 2 minggu. Lpas pada tu ex suami dah kena kerja. Kami PJJ. Saya belum di sentuh ex suami. Selepas sebulan ex suami balik. Dengan marah2. Saya hairan apa salah saya pada dia. Bila tanya tak jawab. Marah terus ja. Masam muka. Satu hari saya terjumpa dengan kawan suami. Kawan ex suami ajak sembang.

Baru la saya tahu punca suami marah selama ni. Semua kerana ibu mertua. Saya di f1tn4h pada semua orang. Sehingga ex suami pun marah besar. Saya balik. Saya tnya suami hal ni. Suami cakap kalau tak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Ibu mertua cakap saya berhubungan dengan lelaki lain.

Sakit hati saya. Saya cakap kalau tak percaya sentuh la saya. Sudah 3 bulan menikah tapi belum di sentuh. Tapi jawapan ex suami sangat mengguris hati. Dia cakap saya jjik. Perempuan kot0r dan macam2 lagi. Saya di lepaskan. Selepas 7 bulan berpisah. Saya kenal dengan seorang lelaki yang sangat baik.

Alhamdulillah terima saya seadanya. Saya sngat bersayaukur. Kami bernikah. Saya juga bersyukur dapat seorang ibu mertua yang baru sangat baik. Dan penyayang walaupon suami saya yang sekarang anak bongsu. Alhamdulillah. Dah 3 tahun berumah tangga. Belum ada ank. Tapi m4salah pula mendatang apabila ex datang balik men4gih cinta. Tapi hati saya hanya pada suami. Saya tak layan.

Tapi j4hat juga dia dan mak dia. Datang kata bvruk saya pada family mertua. Ibu mertua cakap dia terima saya seadanya. Biarlah apa yang di f1tn4hkan. Saya brsayaukur sngt. Mempunyai ibu mertua yang baik. Tapi keluarga ex seperti tak puas hati lagi. Apa perlu saya buat.? Perlu kah, saya berdepan dengan mereka? Trima kasih semua.

Luahan wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Arlin Amshah –Report polis dan saman je. Tapi sebelum tu pergi kumpol bukti. Cari saksi2 yang lepas berbual dan rekod secara senyap. Dah kukuh bukti dan hujah baru saman. Untuk selamat kan rumahtangga yang baru. Buat kerana Allah #Jangan santau berdosa. 😂

Izzati Nordin –Semoga kite same2 sebagai wanita menjadi anak isteri menantu ibu yang baik2 di dunia ini dan diterima allah dalam setiap doa Dan taubat kite. Abaikan saje si bekas suami dan bekas ibu mertua tu, jangan sesekali di layankn nanti makin menjadi. Sentiase bersayaukr dan kekal d Cc suami dn keluarga, moga allah permudhkn sgale urusanye. Report polis juga bagus untuk mengelakkan ganguan sebegitu.

Siti Shahrizan –Report dan saman, sekarang macam2 boleh buat, asal ada bukti yang kukuh, berdiam boleh kalau ia mendatangkan kebaikkan. Tapi adakalanya berdiam tu makin memudaratkan,ambik tindakkan yang tegas, tak kan selamanya nak dibiarkan orang sesuka hti mengganggu hdup kita, mengaibkan dan menf1tn4h orang boleh dibuat kes. Sampai bila nak biarkan ex dan mak dia yang tak betul tu mengganggu hdup TT, busuk sangat hati tengok orang bahgia ye. Syukur TT dah terlepas dari manusia macam tu.

Anita Dshop –Orang yang ada psych0 memang camni. Tak dpat secara kasar, secara haluspun dia orang rela buat. So harap TT lebih berhati2 dan ambil langkah berjaga2. Cari pendinding diri dan keluarga. Bnyakkan membaca Al Quran dan berzikir pada Allah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan hidup TT.. InsayaaAllah, aamiin.

Fatin Fauzi –Orang tak betul klau dilayan boleh jd tak betul. Selagi mertua dan suami awak percayekn awak. Awak jage la mereka sebaik nye. Awak jangan layan perangai meroyan ank dan mak yang sakit jiwa tu. Awak buat la report polis untuk lindungi diri. Takot di apa2 kan kemudian hari nnti susah.

Awang Jauhari –Sekarang dah bahagia bukan? Tak perlu di layan lagi manusia yang tak tahu kenang budi. Seeloknya kamu tak payahla berkawan lagi dengan mana2 lelaki termasuk ex kamu. Bukan apa. Untuk elakkan dari ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memburukkan kebahagiaan kamu sekarang.

Yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak di runsingkan lagi. Hargai la apa yang ada di depan. Faham kamu rasa marah dengan mereka tapi usahlah kamu mengejar bayang2 kemenangan andai kesempurnaan telah pun kamu miliki.

Kisah kedua lebih mendebarkan,

Geram Tengok Suami Akak Ni Selalu Sgt Mkn Kat Kedai Aku, Hensem Pulak Tu Buat Aku Pasang Niat Nak Kawin Dgn Dia.

Asalamualaikum .. semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu.

Saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan plajaran dan segulung degre yang saya ada.

Saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju.

Saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,, Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan.

Saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,, ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya.

Setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pasangan bahagia ini, suami,isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak.

Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual, lama2 kami seperti sahabat, masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat, saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….

Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri, tolong isteri buat kerja, jaga anak.

Yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya.

Saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia, isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula.

Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik.

Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa.. namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.

Dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya, saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka.

Saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya. Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja.

Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya, saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomoh.

Saya nak bmoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat.. dalam air suaminya, saya meletakkan cairan merah period saya yang telah dibuat oleh bmoh.

Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bomoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya, semakin mereka dtg kesini.

Demakin saya letakkan banda kotor saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya, dia sendiri dtg bertemu saya, peluk cium saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2.

Saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua.

Namun isterinya menolak, isterinya memarahi saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.

Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukan saya, aibkan saya.. akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.

Alhamdulillah dia memilih saya… Selepas saja siap urus kes perpisahan mereka, kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin.

Akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat, tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya.

Dan akhirnya saya mengandung, Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan sakit tahap 4.

Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini?

Saya tak nak kehilangan suami saya, dia hak milik saya.. selama suami sakit, saya stop beri dia makan benda kotor saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya.. jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat.

Tp saya tak beri dia jumpa suami saya.. dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia sakit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah.

Saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    “Teng0k perempuan mak4n ais, siput sedvt kau fikir S..” – Tiz Zaqyah akui serik makan pisang di tempat awam

    “Anwar Ibrahim melek4t di kepala saya, cerita ni kena ada part2 – Abby Abadi meluahkan rasa teruja puji filem kisah PM