Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam dari DurianKimchi dikurniakan cahaya mata sulung pada Oktober lalu. Bagaimanapun, Maryam menerima kritikan dan kecaman apabila ada sesetengah golongan mencari salahnya dalam proses berpantang.
Melalui perkongsian terbaru Ryzal di akaun Facebook Duriankimchi, pasangan ini berkongsi foto ingin bercuti di Langkawi. Namun, ada seorang individu memberikan komen tentang pasangan muda zaman ini tidak berpantang dan bangga tayang diri baru lepas bersalin.
Katanya, pasangan muda bangga menayang diri yang baru lepas bersalin dan makan hanya ikut suka sahaja. Individu tersebut juga berkata, pada zaman dia berpantang, hampir dua tahun dia menjaga pemakanan dan tidak boleh melepaskan rambut supaya rambut yang tercabut tidak jatuh kemana-mana.
Tambahnya lagi, walaupun anaknya sudah berusia 22 tahun dia masih lagi mengekalkan tubuh badan yang ideal dan perut yang tidak buncit.
Walaubagaimanapun, komen individu tersebut juga mendapat kritikan daripada sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan individu tersebut.
Terdahulu, Ryzal pernah tampil mempertahankan Maryam dengan mengatakan Maryam hanyalah mengubah agama dan bukan mengubah budaya.
Tambahan lagi, Ryzal juga turut membayar Confinement Lady untuk membantu Maryam menjalani pantang secara Tradisional.
Sumber: fb Duriankimchi
Via slambermedia
GIPHY App Key not set. Please check settings