P3mbida lel4ki y4ng berjaya dalam lelongan harta milik usahawan kosmetik, Sajat dilaporkan menghilangkan diri selepas membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000.
Menurut laporan mStar Online, lel4ki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu ‘ghaib’ selepas memaklumkan mahu melakukan bank draf setelah tamat sesi bidaan.
Disebabkan perkara itu, peguam Nurul Hafidzah berkata, lelongan berkenaan akan berlangsung sekali lagi pada minggu hadapan di Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya.
“P3mbida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul.
“Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal. Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan,” katanya.
Menerusi carian di laman Facebook, seorang netizen KJ Nilam berkongsi tangkap layar laporan mStar sekali gus membuat spekulasi berhubung gerangan Mohammad Syazwan yang disyaki kenalan kepada seorang lagi usahawan itu.
Korang boleh search nama syazwan fiesol ni …. Pastu komen apa korang nampak…dia PA sapa…… Jeng Jeng Jeng 😋😋🏦Fuh sanggupppp
Posted by KJ Nilam on Selasa, 14 Disember 2021
“Korang boleh search nama Syazwan Fiesol ni. Pastu komen apa korang nampak, dia pembantu peribadi (PA) siapa?
“Jeng Jeng Jeng. Fuh sanggup hantar geng, nampak macam masih sayang kat harta sita tu,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa lelaki terbabit adalah PA kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan berkongsi tangkap layar akaun Facebook didakwa milik Mohammad Syazwan.
Bio yang tertulis pengurus & PA kepada Datuk Aliff
G3eng Ker
PA Dato Alif?
Patot La Smlm Briya Bgi Semngat
Ptutla La cpat Org Bida?
Tambah Nurul Hafidzah, dia menjangkakan lelaki tersebut dihantar oleh individu lain yang mempunyai niat untuk menangguhkan lelongan selepas berjaya membida kesemua 39 barang milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) , Facebook KJ Nilam
Via Omm
GIPHY App Key not set. Please check settings