AKIBAT penyakit diabetes yang dihdapi, penyanyi Bad Indigo kini berdepan k’esukaran apabila lima jari kaki kiri terpaksa dibuang melalui proses pembedahan secara berperingkat.
Biarpun pergerakkan terbatas, namun Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, dia sedaya upaya cuba menguruskan diri sendiri tanpa bantuan isterinya iaitu penyanyi Ashira.
“Lima jari kaki kiri telah dibuang. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri bila dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Tapi memang saya uruskan diri sendiri sebab tak nahu menyusahkan isteri.
“Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan bagi membersihkan luka, saya akan memandu kereta sendiri. Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri.
“Tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain atau tiada, macam mana?” katanya kepada mStar.
Bad ditemui di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad lalu.
Bad hadir bersama Ashira yang juga bekas peserta program GV untuk musim yang ketujuh (GV7).
Penyanyi berusia 46 tahun ini terpaksa menjalani pembedahan membvang jari kakinya yang sudah luka akibat peny4kit diabetes yang dih1dapinya pada Januari, Mac dan September lalu.
Dalam pada itu, Bad menganggap dugaan yang menimpa kehidupannya itu sebagai peringatan untuk dia sentiasa mengingati Allah.
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kep4yahan, sekurang-kurangnya Allah masih pinjamkan lagi nyawa buat saya.
“Saya tidak anggap semua yang terjadi ini bala atau musibah. Bagi saya, ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya.
“Kalau saya tak fikir begitu, mungkin sudah lama saya akan berterusan mengalami kemurvngan,” ujarnya.
Sumber: Mstar
GIPHY App Key not set. Please check settings