Siapa yang tidak kenal, angkara suara keramatnya, bukan sahaja album pertama berjudul Lamunan Terhenti yang mendapat sambutan luar biasa, sebaliknya ke mana sahaja dia pergi, ada sahaja suara-suara nak4l yang mengusiknya sebagai ‘Wan Teran’. Bagi Wann, apa sahaja yang dilabel oleh 0rang terhadapnya, langsung tid4k membuatkan Wan terguris hati .
Pemilik nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid ,52 ini memiliki keunikan suara yang tersendiri dan menjadikan dirinya unik berbanding penyanyi yang lain di Malaysia. Hakikatnya, suara terannya itu bukanlah sebarangan, disebabkan cara nyanyian itul4h membuat para peminat merasakan suaranya cukup sedap didengar.
Dengan membawa bakat kurniaan tuhan itu juga, Wan telah pun merakamkan lebih 10 buah album solo bersama dengan syarikat rakaman Cipta Sempurna (SCS). Bukan itu sahaja, dizaman kegemilangannya, Wan telah tersenarai sebagai artis yang paling banyak mengadakan persembahan pentas.
Rezeki yang mencurah-curah yang dikurniakan kepada ketika itu memb0lehkan Wann mampu memandu kereta Mazda Eunos yang bernilai RM100,00 pada zaman awal 1990-an.
Disebalik imej menggodanya, Wan boleh dikatakan antara satu-satunya artis yang tidak pernah menjadi mangsa gosip liar terutamanya yang terkait dengan golongan vip atau rakan artis.
Menurut Wann, kemunculannya dalam bidang seni suara bukanlah untuk dijadikan kelebihan mencari suami atau berskand4l di sana sini. Tetapi yang paling penting kelebihan itu digunakan untuk menyara keluarganya yang tersayang.
“Bukan sahaja Miss June (Panggilan ibunya Junaidah Shaari) yang mengawal ketat segala perjalanannya, Wan juga tidak suka berbicara hal yang remeh temeh.
“Wan jadi penyanyi untuk sara keluarga, Alhamdulilah, hasrat Wann dipermudahkan dan Wan sangat banggat dapat menyara keluarga dan adik-beradik” kongsi Wann yang merupakan anak sulung kepada 7 adik beradik yang sudah pun menetap di Singapura kini.
Bercerita mengenai kisah kejayaannya sebagai penyanyi, penglibatan ibunya Miss June sepanjang membina kejayaan tidak boleh dipinggirkan. Hubungan Wann dan Miss June bukan sekadar hubungan anak beranak tetapi mereka berdua seperti irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.
Miss June berperanan besar terhadap jadual persembahan pentas dan paling pasti setiap undangan yang diterima tidak pernah menghampakan penonton. Dalam masa yang sama Miss June ketika ditemui tidak dapat menyangkal bahawa anaknya itu memang cukup laris di zaman kegemilangannya dan sering mendapat jemputan persembahan.
“Dalam masa sebulan, Wann boleh dapat undangan nyanyian antara 20 hingga 25 show dengan kadar bayaran RM2,000 hingga RM3,000 setiap satu show.
“Semasa itu teman ( panggilan Miss June loghat perak) tak kisah. Bagi teman semua itu rezeki dan Wann juga tak pernah mempersoalkanya kerana semua jadual nyanyiannya dalam tangan teman.
“Kemana sahaja show, teman terima aje dan yang paling penting teman sentiasa menemani Wann demi keselamatanya.
“Wann pun tak kisah masa kalau ada orang cakap-cakap belakang, teman ni kuat mengekor ke apa, yang penting keselamatanya terjamin dan mengelakkan dari gosip berlaku tentangnya.
“Sebagai ibu kepadanya, teman memang bangga ada anak seperti Wann dan teman memang mahu memastikan anak teman ni selamat. Setiap kali dinner show yang ekslusif Wann tidak pernah join makan dengan vip lepas habis buat show” kata Miss June ketika ditemui di Kuala Lumpur.
Oleh kerana Wan terlalu banyak mengadakan persembahan pentas, pernah satu ketika itu Wann kehilangan semasa ingin menjayakan persembahan di Sarawak pada tahun 90-an.
“Cuba bayangkan dari satu show ke satu show, Wann sampai tak cukup rehat, semua Show Miss June terima, walaupun kadang-kadang tu Wan penat tapi dia tetap nak jaga nama baik Wann dan Miss June.
“Nak dijadikan cerita, satu hari tu, masa awal 1990-an Wan ada dapat satu undangan nyanyian di Sarawak dan sehari sebelum tu Wann pun ada show lain, penatnya masa tu tuhan saje yang tahu.
“Selepas naik kapal terbang, kami menaiki bot pula, lepas tu naik sampan untuk ke lokasi show. Akibatnya, pada malam persembahan tu, Wann dah tak boleh menyanyi, suaranya jadi hilang, mungkin sebab terlalu letih,” kongsi Wann sambil ketawa mengenangkan kisah lucu dan agak memeritkan itu.
Baginya, walaupun peristiwa itu adalah satu kenangan pahit, tapi bila duduk berseorangan mengenangkan semula, tiba-tiba sejarah itu menjadi satu kejadian yang melucukan.
“Bila teringat balik zaman dulu, Wan memang rasa rindu nak menyanyi, malah sehingga ke hari ini Wann masih dapat undangan nyanyian untuk Dinner Show.
“Tapi itu semua akan saya penuh sekiranya tidak menganggu masa saya dan anak-anak. Sekarang ini apa yang menjadi keutamaan adalah suami dan anak-anak. Ujar Wann.
Wan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang kakitangan di bahagian satelit mediacorp Singapura, Thazah Hamzah 46 ketika tahun 1993.
Semasa mengakhiri zaman bujangnya, nama Wan ketika itu berada di puncak kegemilangannya, tapi dia tidak kisah dengan semua itu. Baginya, dia sanggup berkorban dan lakukan apa sahaja demi mencapai kebahagiaan hidup berumah tangga.
Selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata Mohd Israfael 14 dan Natasha 12 tahun. Menurut Wann lagi, selepas mendirikan rumah tangga, dirinya masih memenuhi undangan nyanyian di Malaysia, namun selepas mempunyai anak pertama, Wann terus berhenti menyanyi.
“Wan tidak mahu, anak Wann membesar dengan orang lain, sebab tu Wann sanggup berhenti menyanyi, apatah lagi bila dapat anak kedua, semua orang panggil undangan, Wan tolak.
“Cumanya bila anak-anak dah besar ni, barulah saya memenuhi undangan yang kebanyakannya di kawasan Johor Bahru dan Singapura” kongsi Wann yang sekarang merupakan mempunyai sijil pemastautin tetap di negara jiran itu selepas melahirkan anak sulung.
Wann yang sebelum ini pernah berlakin dalam filem Jaket Biru dan menjadi penyanyi dalam Pelumba Malam, selepas Wann berkahwin, dia pernah muncul dengan album Aku Dalam Teka-Teki yang telah diedarkan oleh Rock Record.
“Itulah album saya yang terakhir, selepas itu tiada lagi sebab tidak sempat nak ikut promosi. Bagi Wann sebagai artis ni kita perlu memberikan komitmen untuk jadual promosi yang telah ditetapkan kerana Wann tak boleh mengecewakan mereka. Selepas itu Wann terus lupakan sahaja dunia rakaman” ujar Wann.
Walaupun kita Wann sudah jauh dari dunia glamor, tapi dia kini cukup bahagian disamping suami dan anak-anak.
“Bagi seorang ibu dan wanita, kebahagiaan rumah tangga adalah kebahagiaan yang sebenar dan tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
“Wann pun tak kisah dengan populariti lagi, tapi saya cukup berbangga dapat menghantar anak-anak ke sekolah dan lihat sendiri diorang membesar depan mata kita” ujarnya.
Sumber: Infokini
GIPHY App Key not set. Please check settings