in ,

‘Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising’- Iqbal

Keputusan membawa diri ke negara Indonesia, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkifli memberitahu kini cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang, Datuk Sri Rossa.

Usahawan kontroversi, Iqbal yang kini bergelar penyanyi selepas melancarkan singlenya iaitu Hujan memutuskan untuk membawa diri ke negara seberang, Indonesia buat seketika.

Sebaik sahaja Iqbal tiba di Indonesia, penyanyi terkenal dari negara tersebut iaitu Datuk Rossa merupakan orang pertama yang dijumpai.

“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya kepada mStar.

Ujar Iqbal, selepas berpindah ke Indonesia dia berasa lega kerana kedatangannya disambut baik netizen di negara itu.

Dalam Perbincangan Untuk Menyertai Rancangan TV

Dia yang berniat untuk tinggal lama di sana cuba untuk mencari peluang dan ruang memasuki pasaran Indonesia sekiranya ada rezeki.

“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia.

“Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.

“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka.

Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Hujan ini, dia mahu mencari ketenangan dan mengelakkan diri daripada memikirkan masalah yang tercetus di Malaysia.

“Yang sejujurnya saya memang nak bawa diri nak lari sekejap. Bukan tak ada arah tujuan. Saya akan ambil masa yang lama akan duduk sini.

“Saya rasa harus pandang ke depan dan nak hidup saya lebih banyak perkembangan,” ujarnya berangkat ke Indonesia pada Jumaat lalu.

mStar/lamanmaya

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    ‘Semua Gelak Tengok Barang Hantaran Kami’ Lesung Periuk Jadikan Barang Hantaran

    Sudahlah Sayur Dan Roti Naik Harga, ‘Ikat Mati’ Pun kena Caj Dah Sekarang