Tidak semua menginginkan majlis pertunangan yang lengkap dengan pelamin atau barang hantaran, cukup sekadar sebentuk cincin tanda mengikat perhubungan sebelum melangkah ke fasa halal sebagai suami isteri.
Begitu dilakukan seorang pemuda, Aidil Idzham Riza yang ‘melangsungkan’ pertunangan secara sederhana seolah-olah tanpa dirancang di sebuah restoran dipercayai di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, usahawan produk makanan itu memuat naik video memaparkan ibunya menyarungkan cincin ke jari manis bakal isterinya yang dikenali sebagai Dina Farid.
“Mama kita sarung cincin dekat kedai makan je boleh kan? Alhamdulillah selesai satu lagi bahagian,” tulisnya yang juga pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Meninjau ke ruangan komen, video pertunangan meraih lebih 62,000 tontonan itu dipenuhi reaksi positif warganet yang disifatkan ‘sempoi’ tanpa perlu berbelanja mewah selain mengucapkan tahniah kepada Aidil dan bakal isteri.
Sumber: Tiktok @aidilriza_
Via KartelDakwah
GIPHY App Key not set. Please check settings