in

‘Semua Gelak Tengok Barang Hantaran Kami’ Lesung Periuk Jadikan Barang Hantaran

KEBIASAANNYA kita sering melihat barangan berupa alat solek, minyak wangi, beg tangan atau jam tangan dijadikan hantaran perkahwinan.

Namun berbeza pula dengan Syarfa Abdullah dan pasangannya, Mohammad Syazwan Suhaimi yang sepakat memilih perkakas rumah seperti lesung batu, periuk nasi elektrik, periuk kukus, vakum dan ketuhar untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

Menurut Syarfa, idea mengenai hantaran perkahwinan itu hadir secara spontan sebelum mereka bertunang pada Mac lalu.

“Idea ni datang sebelum kami bertunang lagi. Kami memang niat nak buat macam ni sebab hanya terfikir perihal rumah tersedia selepas kahwin.

“Kiranya masuk rumah nanti ‘basuh kaki’ saja. Idea ini pun sudah dibincangkan bersama keluarga kedua-dua pihak. Semua OK,”

Bukan sahaja unik, gadis berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini berkata mereka hanya membelanjakan kurang RM2,000 untuk kesemua 16 barangan hantaran.

“Total semua harga barang hantaran kurang RM2,000. Murah, jimat dan berguna. Lagipun senang tak payah ada dulang bagai.

“Kami hanya beli riben dan tampal sendiri. Tak payah upah orang untuk hias. Kos riben pun murah je dalam RM1 segulung,” katanya.

Syarfa, 21, turut menceritakan ramai terkejut melihat barang hantaran semasa majlis pernikahan mereka pada 14 September lalu.

“Semua gelak sebab terkejut tengok barang hantaran kami. Ada yang cakap rugi buat hantaran macam tu sebab tetamu datang pun akan bagi hadiah sama.

“Ada yang tanya tak malu ke hantaran macam tu. Kami OK je. Nak malu buat apa. Benda ni memang wajib kena beli juga nanti.

“Kami pun jenis tak kisah pasal barang branded. Handbag… pakaian semua tu biasanya kita tukar-tukar. Tapi kalau beli barang elektrik, barang dapur… InsyaAllah kami dapat pakai sampai rosak,” katanya.

Pada masa sama, Syarfa tidak menduga gambar hantaran perkahwinan mereka yang dimuatnaik di Facebook baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

“Ramai kata hantaran lesung batu paling win. Sebenarnya saya share gambar kahwin di Facebook sebab excited. Terkejut juga sebab benda ni jadi viral.

“Tak sangka ramai komen baik-baik. Kami seronok apabila idea kami jadi inspirasi kepada bakal pengantin lain,” katanya yang gembira disatukan dengan suaminya yang dikenali sejak lapan tahun lalu.

Untuk hantaran sebelah lelaki, Syarfa menghadiahkan suaminya vakum, set Tupperware, periuk nasi, pengukus, set sudu, oven, frying pan, kuali dan lesung batu.

Sementara itu, suaminya membalas hantaran tersebut dengan barangan seperti pembancuh kopi, pengisar, seterika, pembakar roti, periuk tingkat (5 layer), pemanas air dan pengadun kek.

Sumber: myteamnetwork

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Sempoi Je Mcm ni, Gadis Bertunang Di Kedai Makan Tiada Pelamin – “Benda Senang Je..”

    ‘Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising’- Iqbal