in

“Siapa nak bawa ke hospital setiap bulan, siapa nak siapkan ubat jantung abah, ‘Anak Bongsu Kena Duduk Kg jaga mak abah, Luahan anak bongsu

Hidup sebagai anak bongsu mungkin sinonim dengan perkataan ‘manja’ atau ‘anak mak’ yang tidak pandai berdikari, namun hakikatnya tidak ramai yang benar-benar menyelami isi hati mereka.

Kita selalu ingat mereka yang tidak mahu berenggang dengan ibu bapa kita, takut nak berkahwin dan hidup sendiri – tapi pernahkah kita terfikir bahawa sebenarnya mereka yang ingin menjaga kedua ibu bapa kita.

Sebuah perkongsian di TikTok oleh Ct Dalwani ini mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi rutin yang dijalani sebagai anak bongsu.

Dalam video tersebut, dilihat gadis berkenaan sedang ke hospital mengambil ubat untuk ibu atau ayahnya.

Oleh kerana memikirkan ibu dan ayah di kampung, gadis ini difahamkan pernah menolak tawaran kerja yang baik supaya dapat bekerja dekat dengan kampung halaman.

Menurutnya, kakak dan abang semua dah berkahwin dan berkeluarga serta kini menetap di bandar. Keadaan ini menyebabkan anak bongsu sepertinya sering dibandingkan dengan adik-beradik yang ‘lebih berjaya’.

“Siapa nak bawa ke hospital setiap bulan, siapa nak siapkan ubat jantung abah, siapa nak kemas rumahdan bersihkan rumah waktu banjir,” ujarnya.

Namun dia percaya, rezeki Allah itu luas.

Video ini meraih perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakannya yang mendahulukan ibu bapa dalam setiap hal.

Video asal ctdalwani

Sumber: SirapLimau

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Naya kawan video call isteri dia, Suami kantoi joget di rumah orang kahwin

    AmbiI AIih Tugas lbu Menghidap Kanser Otak, Remaja 14 Tahun, Masak & Buat Kerja Rumah SebeIum Ke SekoIah