PETALING JAYA– ‘Kalau benda ini ada dulu, aku dah kaya sekarang, berapa ramai minta air bungkus dulu,” itu antara reaksi diberikan pengguna media sosial apabila tular sekeping resit menunjukkan caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk mengikat bungkusan air.
Caj sebanyak RM0.50 hanya untuk mengikat ‘mati’ bungkusan air itu bukan sahaja disifatkan sebagai keterlaluan malah tidak masuk akal memandangkan perkara itu mudah dan senang untuk dilakukan oleh peniaga.
Menerusi perkongsian @usaidsubki di Twitter, lelaki itu menunjukkan sekeping resit daripada sebuah restoran di ibu negara dengan memaparkan jumlah keseluruhan pesanan sebanyak RM20.50.
Daripada jumlah itu, bayaran sebanyak RM7 dikenakan bagi menu nasi goreng ikan masin, tomyam (RM11), teh ais (RM2 serta caj ‘ikat mati’ sebanyak RM0.50.
“Terjumpa gambar ini di Facebook, sudahlah sayur dan roti naik harga, harga ikat mati pun kena caj sekarang,” tulisnya ringkas.
Perkongsian lelaki berkenaan mendapat lebih 4,293 ciapan balas selain 5,153 tanda suka daripada pengguna media sosial yang turut memberikan pelbagai reaksi berhubung perkara itu.
Tangkap layar resit menunjukkan caj sebanyak RM0.50 dikenakan bagi ‘ikat mati’ bungkusan air.
“Tak rasa kedai ini salah, sebab biasanya kalau kedai airnya dibungkus, harga akan mahal sikit sebab bila bungkus air lebih banyak, tapi nak buat macam mana, orang salah faham,” jelas @AmeerZachery.
“Dah tiba masanya untuk kurangkan air manis dan minum air masak, jimat RM2.50, boleh tambah duit beli sayur,” seloroh @TiadaCarut.
“Makin dasyat dunia sekarang, ikat mati pun kena RM0.50,” kata @Nrlizzahmank.
KPDNHEP Keluarkan K0mpaun
Susulan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah membuat kujungan ke restoran tersebut
Hasil pemeriksaan dari pihak KPDNHEP mendapati restoran tersebut gagal mempamerkan tanda harga minuman termasuklah harga untuk minuman yang dibungkus (ika mati)
Pihak KPDNHEP WPKL juga telah mengeluarkan kompaun disitu juga kepada pemilik premis restoran tersebut dibawah akta AKHAP 2011 kerana gagal mempamerkan tanda harga
Menurut peniaga tersebut, setelah isu resit tersebut menjadi viral, mereka telah menukar sistem dalam resit dengan menggantikan perkataan ikat mati kepada perkataan bungkus
Semoga isu seperti ini dapat di selesiakan dengan baik bagi mengelakkan kekeliruan dari orang ramai
Sumber: http://trendingsangat.pw/
GIPHY App Key not set. Please check settings