in , ,

[Video] “Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus pergi merisik kawan sekerja, setel

Sibuk mencari jodoh tapi tiada, rupa-rupanya si dia ada di depan mata. Mungkin sudah ditakdirkan untuk hidup bersama, siapalah kita mahu mempersoalkan apa yang ditetapkan Allah SWT.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok dan laman Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu mengakui sukar mencari suri di hati sebelum mengambil keputusan bagi merisik gadis tersebut.

@encik.izzzz

Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus gi merisik kawan sekerja, setel 😂

♬ original sound – Encik.izzzz – Encik.izzzz

“Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus pergi merisik kawan sekerja. Selesai,” tulisnya yang lebih mesra dipanggil Izz.

Berdasarkan video berdurasi 37 saat tersebut, dia yang bekerja dalam bidang perkhidmatan menunda kenderaan (towing) berkongsi momen ‘sweet’ bakal isterinya yang dibawa membeli sebentuk cincin di sebuah kedai emas.

Tambah Izz, dia seolah-olah tidak percaya sudah menemui jodoh yang dicari selama ini sekali gus bakal menamatkan zaman bujang dengan rakan baik sendiri.

“Manis itu tarikkan, tapi sentiasa mengaku salah & sentiasa mintak maaf itu idaman. Macam tak percaya je tiba-tiba dah jadi tunang,”

katanya menerusi satu lagi video di Instagram.

Video di TikTok berkenaan meraih 285,000 tontonan dan ratusan komen warganet yang tumpang gembira selain mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin.

Sumber:TikTok @encik.izzzz , Instagram Naufal Isfahan Hasmee

Via KartelDakwah

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Dikatakan bangga tayang tidak berpantang, Maryam terima kritikan netizen berhubung isu pantang

    [Video] “Minta duit belanja dia bagi 20k klau mcm ni aku nk minta istana lah, Suami Bagi Bini Muda RM20k Sebelum Balik Rumah Isteri Tua